Pada Khamis lepas, juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengumumkan mereka telah menandatangani pemain kacukan Malaysia, Nathaniel Shio Hong Wan dari kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Division 2 iaitu Wolverhampton Wanderers (Wolves).

Perjanjian ini akan nanti tertakluk kepada kejayaan permohonan kerakyatan Malaysia dan akan bermula apabila kontrak semasa Nathaniel Shio Hong Wan tamat pada bulan Jun.

Melalui satu temubual bersama Stadium Astro, pengendali Wolves, Nuno Espirito Santo mengulas mengenai kualiti yang dimiliki oleh Hong Wan yang pernah beraksi bersama skuad senior dalam satu kejohanan pra musim.

“Dia (Hong Wan) pernah beraksi dalam kejohanan Asia Trophy (Asia Trophy Championship). Saya rasa dia terlibat dalam dua perlawanan terutama pada perlawanan akhir menentang Manchester City dimana beliau dimasukkan sebagai pemain gantian.

“Setelah beliau dimasukkan, beliau menampilkan prestasi yang baik. Semua pemain muda yang kami ada merupakan back up yang bagus. Jika kami tidak mempunyai bilangan pemain yang cukup, kami akan bergantung kepada pemain muda,” kata Nuno.

Nathaniel Shio Hong Wan merupakan salah satu pemain muda kacukan Malaysia yang beraksi di saingan EPL selain Jaami Qureshi yang menyarung jersi Brighton dan Hove Albion.

Pemain yang lahir di London ini merupakan kacukan Malaysia-China melalui ibunya yang berasal dari Tangkak, Johor.