Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal akan mengumumkan tiga lagi pemain baharu mereka yang akan menyarung jersi Harimau Selatan (JDT) bagi saingan Liga Malaysia musim 2021 yang akan bermula bulan depan.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Martin Prest, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi, Johor Southern Tigers malam ini.
Bagaimana pun, menerusi hantaran ringkas itu tidak pula menjelaskan secara terperinci pemain baharu itu sama ada melibatkan pemain import atau tempatan.
Menurut Martin Prest, Harimau Selatan bakal melalui minggu yang sibuk kerana mempunyai empat projek yang akan diumumkan dalam beberapa minggu ini sebagai persediaan untuk kempen 2021.
“Pertama, Harimau Selatan akan memperkenalkan tiga pemain baharu diikuti dengan ‘JDT Cycling Studio’ yang kini sedang dalam pembinaan.
“JDT akan melancarkan jersi ‘Home’ dan ‘Away’ pada 24 Februari 2021 manakala ‘docu-series’ Fearless yang dinanti-nantikan dijangka akan disiarkan pada bulan ini juga,” kata Martin Prest dalam kenyataan hari ini.
Foto : The Photoshooterz