Sebelum ini di peringkat Asia, JDT mencipta sejarah kelab pertama dari Asia Tenggara menjulang Piala AFC pada tahun 2015.
Kali ini dalam saingan kejuaraan Liga Juara-Juara AFC (ACL), JDT mencipta satu lagi sejarah bola sepak Malaysia apabila menjadi kelab pertama beraksi dalam ACL sebanyak tiga musim berturut-turut di peringkat kumpulan.
JDT membuat penampilan sulong apabila bersaing pada tahun 2019 di peringkat kumpulan secara merit memadam rekod penyertaan hanya di peringkat kelayakan pada tahun 2015.
Disamping itu juga, tahun ini merupakan tahun ketujuh berturut-turut JDT terlibat dan beraksi dalam ACL termasuk di peringkat kelayakan.
Sesuatu kejayaan itu bermula dari bawah. Berjinak-jinak dahulu dan merasa kehangtan ACL di peringkat kelayakan dahulu. Kemudiannya tahun kelima barulah naik pangkat ke peringkat lebih mencabar iaitu peringkat kumpulan.
Bukan mudah untuk lalui dan lepasi halangan yang berat kerana rata-rata pasukan yang yang terlibat sekurang-kurangnya ada tiga pasukan dari gergasi bola sepak Asia yang datangnya dari negara China, Korea Selatan dan Jepun.
Pada musim ini, JDT, juara bertahan Liga Super, bakal berdepan cabaran hebat dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila diundi dalam Kumpulan G pada majlis undian yang dilakukan secara virtual semalam.
JDT diundi bersama jaguh (juara) Liga Super China, Jiangsu Suning dan kelab gergasi Jepun, Nagoya Grampus (ke-3 J-League)
JDT bagaimanapun perlu menunggu satu lagi pasukan lawan dalam kumpulan itu apabila keputusan undian dikosongkan untuk satu slot dari perlawanan play-offs.
Kekosongan pasukan keempat (play-offs) itu mungkin diisi oleh sama ada juara tiga kali ACL dari pasukan Korea Selatan iaitu Pohang Steelers atau Ratchaburi Mitr Phol dari Thailand.
Saingan peringkat kumpulan ACL 2021 akan dilangsungkan secara berpusat (karnival) bermula pada 21 April hingga 7 Mei depan. Venue kejohanan tersebut bakal dimaklumkan dalam masa terdekat.
