Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh menarik nafas lega apabila Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memutuskan kelab itu ‘lulus’ bersaing dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini (2021).
Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata, keputusan itu telah dibuat dalam mesyuarat Exco dan Jawatankuasa Pertandingan pada hari ini.
“Jawatankuasa pertandingan dan Exco telah luluskan permohonan JDT. Ya, JDT akan bertanding untuk edisi tahun ini.
“Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor dan sokongan Kerajaan yang telah memberi surat dan sebagainya,” kata Windsor kepada warrawan Utusan Malaysia hari ini.
Pada 11 November lepas, skuad Harimau Selatan itu terpaksa melupakan baki saingan peringkat kumpulan ACL 2020 di Doha, Qatar selepas tidak mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk keluar negara ekoran pandemik Covid-19.
Akubatnya, JDT terpaksa menarik diri dari pertandingan tersebut.
Dakwaan penolakan pendaftaran JDT oleh AFC bagaimanapun dipertikai beberapa pihak kerana keputusan itu dianggap tidak adil kepasa skuad Harimau Selatan. Sisamping itu ada yang menyifatkan juara Liga Super tujuh kali berturut-turut itu sebagai mangsa keadaan.
Undian ACL 2021 akan berlangsung Rabu ini dengan skuad Harimau Selatan diletakkan dalam balang tiga.