Misteri yang menyelubungi pemain yang akan menggantikan Diogo Luis Santo sejak beliau berpindah ke BG Pathum United di Thailand akhirnya terdedah, dan Jonathan Herrera yang berusia 29 tahun akan menjadi pengganti.
Beberapa minit setelah kami siarkan berita Jonathan Herrera telah berada di Malaysia. JOHOR Southern Tigers baru sahaja memaklumkan berita tentang pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT) tersebut.
Kini telah sah Jonathan Herrera menjadi milik JDT setelah di umumkan secara rasminya oleh Martin Prest, Pengarah Sukan Kelab JDT melalui laman rasmi facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi.
Pengarah sukan JDT Martin Prest yang memiliki tanggungjawab dalam semua urusan perpindahan dan khususnya pemain asing menegaskan bahawa Herrera dilihat sesuai untuk kelab dan harus bergabung dengan rakan sepasukan yang lain selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikendurkan dan tamat di Johor.
“Kami akan memperkenalkan Jonathan Herrera secara rasmi selepas beliau melengkapkan tempoh kuarantin dan akan mengumumkan lagi dua pemain selepas itu.” kata Martin Prest.
Siapakah dua lagi pemain yang dijangkakan di kalangan pemain tempatan itu ?
Martin Prest turut berkata beliau percaya Herrera sesuai dengan JDT.
Herrera mempunyai tugas berat dan cabaran yang tinggi memandangkan Diego Santo dianggap sebagai penyerang terbaik yang berjaya ditandatangani oleh JDT diketika JDT menjadi terkenal dalam bola sepak Malaysia yang menyaksikan mereka memenangi tujuh gelaran Liga Super berturut-turut.
“Kami percaya Herrera adalah pemain yang sesuai oleh kerana umurnya dan cara beliau bermain sesuai dengan corak permainan kami.
“Kami telah melihat beberapa pemain untuk melengkapkan pasukan dan pada akhirnya, kami memutuskan untuk menandatangani Jonathan Herrera sebagai penyerang luar negara kami.” kata Martin Prest.
JDT berusaha mengambil pemain import baharu (Herrera) ini setelah penyerang mereka, Diogo Santo telah berhijrah dan kembali ke Liga 1 Thailand.
Dilaporkan sebelum ini, Herrera tiba ke Malaysia pada Sabtu lepas bagi menjalani ujian perubatan dan sekiranya lulus ujian tersebut, maka pemain berusia 29 tahun itu bakal menandatangani kontrak selama 3 bersama JDT.
Jonathan Herrera adalah seorang penyerang dari Argentina dari Kelab Deportivo Riestra yang bersaing dalam Premira B Nacional.