Sejak pemergian Diogo Santo pulang ke Liga 1 Thailand, Johor Darul Ta’zim (JDT) masih menunggu kekosongan itu untuk diisi. Beberapa nama pemain import telah dikhabarkan akan ke JDT termasuklah Camillo da Silva yang bermain untuk kelab Mazatlan FC di Liga Utama Mexico.
Namun harapan mendapatkan pemain tersebut yang mula berlegar sejak Oktober tahun lepas meleset dan hampa.
Selepas itu seorang lagi pemain import lain dikaitkan. Akhirnya kedatangan pemain import baharu JDT, Jonathan Herrera menjadi kenyataan apabila dilihat beliau telah pun berada di Johor.
Jonathan Herrera adalah seorang penyerang dari Argentina dari Kelab Deportivo Riestra yang bersaing dalam Premira B Nacional.
Sebelum ini menurut laporan berita daripada Argentina (Instagram wartawan sukan TYC Cesar Luis Merlo) telah mendedahkan, agen Herrera telah bersetuju dengan perjanjian secara lisan, bersama skuad Southern Tigers.
Hari ini pula, TYC Cesar Luis Merlo telah menyiarkan sekali lagi di instagram mereka gambar Jonathan tiba di Johor.
Sebelum ini juga kami telah menyiarkan berkaitan berita tentang kedatangan Herrera ke JDT. Namun sehingga sekarang ini masih belum ada sebarang berita rasmi dari Johor Southern Tigers sendiri.
Beliau dikatakan akan mengikat kontrak selama 3 tahun bersama JDT.