Satu berita yang pastinya akan menjadi bualan hangat di Malaysia dan Indonesia.

Dilaporkan bahawa Syahrian Abimanyu, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga pemain tengah pasukan kebangsaan Indonesia, akan dipinjamkan kepada kelab Liga Australia, Newcastle Jets.

Ini berikutan tersiarnya kenyataan melalui laman twitter dari sebuah program berkaitan bola sepak di Australia, mengumumkan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) kini sedang membantu kelab A-League iaitu Newscastle Jets dengan meminjamkan 2 orang pemain.

Namun berita tersebut masih belum rasmi lagi.

Teka-teki kelab yang akan menjadi tempat pinjaman Syahrian Abimanyu dari Johor Darul Takzim akhirnya terungkap. Namun berita tersebut masih belum rasmi lagi. Selain dari Syahrian, Seorang lagi pemain JDT yang dikaitkan adalah Liridon Krasniqi.

Syahrian Abimanyu secara rasmi diperkenalkan sebagai pemain Johor Darul Ta’zim pada 23 Disember 2020 yang lepas. Abi, nama panggilannya diikat oleh JDT selama 3 tahun.

Pengambilan Syahrian Abimanyu oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor adalah merupakan satu perancangan jangka panjang.

“Pelaburan jangka panjang untuk masa depan. Selamat datang di rumah juara, pemecah rekod, pembuat sejarah dan pelopor,” kata TMJ dalam akaun Instagram JDT sebelum ini.

“Tidak bermain untuk JDT II, ​​tetapi akan dipinjamkan ke luar negara dan bermain di liga lain,” kata TMJ..

Namun masih berita tersebut masih belum mendapat sebarang pengesahan dan kepastian dari pihak pengurusan JDT. Sekiranya menjadi kenyataan, ia menjadi satu rekod sebuah kelab dari Malaysia yang memberi pinjaman pemain ke kelab luar negara.

Sebelum ini Safawi Rasid turut diberi pinjaman ke kelab sebuah Liga di Portugal, Portimonense namun pulang hanya berjaya disenaraikan dalam senarai pemain di bangku simpanan sahaja.

Pada musim lepas (2019/2020), Newcastle Jets menamatkan saingan Liga Australia di tempat ke 8 daripada 12 pasukan terbabit. Pada musim ini (2020/2021) pula, kelab tersebut berada di tangga terbawah tanpa sebarang mata selepas 2 perlawanan.