Satu ketika dahulu, jodoh Aidil Zafuan Abdul Radzak bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) pernah hampir terlerai. Namun jaringan dalam aksi final Piala Malaysia 2017, nasibnya terus berubah.

Pertahanan JDT itu kini menjadi pemain paling lama berkhidmat bersama JDT iaitu selama sembilan tahun sejak 2013.

Aidil hanya pemain tunggal yang masih kekal bersama JDT. Tiada pemain lain termasuk Safiq Rahim yang kekal bersama JDT. 

Aidil baru-baru ini berkongsi bicara bersama wartawan Nadi Arena berkenaan beliau dengan musim-musim mendatang terutamanya dalam saingan Liga Juara-Juara Asia.

“Saya akan sentiasa mahu meletakkan sasaran secara peribadi untuk beraksi cemerlang dalam saingan ACL kali ini,” kata Aidil.

“Kami tidak boleh menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa akan datang, tetapi saya akan berusaha untuk kekal beraksi bersama JDT. Namun ia bergantung kepada pihak pengurusan. Beraksi di peringkat paling tinggi dalam saingan ACL adalah sasaran peribadi saya.”

Jaringan ketika aksi final Piala Malaysia pada tahun 2017 adalah satu detik penting buat Aidil. 

“Ya, mungkin ia adalah salah satu mengapa saya masih kekal bersama JDT..

Jika masa beraksi yang lebih banyak, saya akan cuba memberikan yang terbaik. Saya percaya dengan rezeki, jaringan tersebut menyaksikan saya masih kekal bersama pasukan.”

Sumber : Astro Arena