Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan sahaja membuktikan mereka begitu hebat di atas padang namun JDT juga turut cemerlang apabila mempunyai peningkatan tertinggi pengikut Instagram di dunia.

Ia terbukti hasil dari kajian yang diperoleh dari laman rasmi Instagram transfermarkt, JDT adalah antara 10 kelab yang memperoleh peningkatan terpantas penambahan pengikut di Instagram di dunia pada musim 2020.

Kelab JDT yang berpangkalan di selatan tanah air itu kini mempunyai 1,115,116 juta pengikut (sehingga 05 Januari 2021) dengan peningkatan 42 peratus berbanding 2019.

Peningkatan jumlah pengikut tersebut menyaksikan JDT berada di kedudukan kelima dunia yang mencatatkan peningkatan pengikut Instagram paling cepat.

Disamping itu, empat kelab lain yang berada di kedudukan teratas mencatatkan peningkatan pengikut Instagram tertinggi adalah Simba SC(Tanzania), Transfermarkt, Leverkusen (Jerman) dan Inter Milan (Itali).

Berpandukan kepada rekod, JDT pernah dinobatkan sebagai Kelab Terbaik Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Sepanjang Dekad selepas menewaskan empat lagi bekas juara lain.

Pasukan JDT berjaya mengetepikan empat pasukan lain yang turut dicalonkan iaitu kelab dari Kuwait (Kuwait SC), Lubnan (Qadsia SC dan Al Ahed) dan Iraq (Kelab Air Force).

JDT berjaya memperoleh undian 80 peratus manakala Kelab Air Force (12 peratus), Qadsia FC (6 peratus), Kuwait FC (2 peratus) dan Al Ahed satu peratus.

Undian terbabit yang dijalankan menerusi atas talian khusus kepada peminat bola sepak mengundi pasukan pilihan masing-masing dan Harimau Selatan, pasukan yang menjuarai edisi 2015 sekali gus menyaksikan penampilan pertama cukup mengagumkan dalam pertandingan, satu-satunya pasukan dari Asia Timur yang dicalonkan untuk anugerah itu.

Sumber : Harian Metro, Foto : Transfermarkt.com