Walaupun Safawi tidak berpeluang untuk diturunkan dalam kesebelasan utama skuad Liga Primeira Portugal, Portimonense SC, pemain Harimau Malaya dan Johor Darul Ta’zim (JDT), itu diyakini masih mampu bangkit dan mempamerkan kehebatannya seperti sebelum ini.

Azlan Johar, penganalisis bola sepak yang juga bekas pemain kebangsaan, berkata, sebagai seorang pemain yang berkaliber dan memiliki kemampuan yang tinggi negara, Safawi dilihat tidak berdepan masalah hadapinya.

Malah kelibat Safawi selepas ini pasti akan lebih menyerlah berbanding dahulu, apatah lagi setelah melalui pengalaman berlatih di luar negara. 

“Dari segi kemampuan, saya rasa Safawi seorang pemain yang berkaliber, lagi pun tempoh masa dia berada di Portugal pun tak lama.

“Bagi saya, sentuhan Safawi masih ada dan akan lebih ‘menyerlah’ berbanding dahulu kerana dia telah mengikuti program latihan yang agak berbeza.

“Segala pengalamannya ketika berada di Portugal, boleh dikongsikan bersama rakan-rakan sepasukan mungkin dari segi penambahbaikan latihan dan sebagainya,” kata Safawi.

Terdahulu, Safawi yang dipinjamkan ke Portimonense SC selama semusim difahamkan telah pulang ke tanah air lebih awal untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang dijadualkan bermula Februari depan.

Safawi turut memenangi Anugerah Pemain Paling Bernilai dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019.

Beliau masih belum berjaya melakukan debut bersama skuad utama Portimonense SC, tetapi sebaliknya hanya sempat beraksi dengan skuad bawah 23 tahun berdepan Sporting CP.

Azlan Johar berkata Safawi beraksi bersama skuad bawah 23 kelab itu juga boleh dilihat sebagai satu pengalaman yang cukup berharga.

Biarpun hanya sempat beraksi bersama skuad berkenaan, ia satu permulaan yang baik buat Safawi mendapat pendedahan awal beraksi di Eropah.

“Bagi saya, perkara itu dilihat sebagai pendedahan awal untuk Safawi memahami mengenai bola sepak di Eropah dalam usahanya membuat persediaan pada masa hadapan.