Setelah sebulan sepi, status penyertaan Johor Darul Ta’zim (JDT), wakil tunggal negara, dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan (2021) secara tiba-tiba kembali mencetuskan tanda tanya.

Ia susulan terdapat dakwaan permohonan skuad Harimau Selatan untuk mendaftar dalam kejohanan itu ditolak oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). Namun sumber dakwaan tersebut tidak diketahui berasal dari mana.

Bagaimanapun, sehingga semalam, belum ada kenyataan rasmi mengenai perkara itu sama ada daripada pihak AFC, mahu pun JDT sendiri.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John ketika dihubungi wartawan Berita Harian, juga turut enggan memberi komen lanjut berkaitan dakwaan itu.

Ketika diajukan soalan adakah dakwaan itu benar atau sekadar khabar angin, Datuk Windsor hanya menjawab : “Buat masa ini tiada komen.”

Terdapat khabar angin yang mengatakan AFC menolak pendaftaran JDT berpunca daripada tindakan skuad Harimau Selatan menarik diri daripada kejohanan itu musim ini.

Jika dakwaan itu benar, hukuman berkenaan dilihat tidak adil buat skuad Harimau Selatan itu kerana tindakan menarik diri terpaksa diambil selepas Kerajaan Malaysia tidak membenarkan pergerakan keluar masuk di pintu sempadan negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sebelum ini, JDT juga dilaporkan mungkin berdepan hukuman berdasarkan perkara 6.2 peraturan AFC, mana-mana pasukan yang menarik diri selepas peringkat kumpulan kejohanan itu bermula boleh didenda sehingga AS$50,000 (RM206,400) dan penggantungan sebanyak dua edisi.

Bagaimanapun atas sebab yang membabitkan pandemik COVID-19, skuad kendalian Benjamin Mora dijangka tidak akan dikenakan hukuman atas penarikan diri itu kerana terpaksa akur dengan keputusan kerajaan.

Sebagai penyokong, kita berharap ianya tidak benar dan JDT ddiberi lampu hijau untuk beraksi dalam ACL 2021 nanti. Adalah satu kerugian besar bagi JDT dan bola sepak negara sekiranya JDT didenda, dihukum dan dinafikan penglibatan dalam kejuaraan berprestij Asia itu.

Seperkara lagi, penarikan diri JDT tersebut sebelum ini bukan sesuatu yang diingini sendiri oleh JDT. JDT tiada kuasa atas halangan tersebut. Semua itu adalah atas kuasa kerajaan Malaysia itu. Jika ianya baenar pula, maka JDT akan tersepit di antara dua pihak dan boleh dikatakan menjadi mangsa kepada keadaan.

Siapa yang patut dipersalahkan ? JDT TIDAK BERSALAHHH !!

Sumber : Berita Harian