Sememangnya Gonzalo Cabrera adalah seorang penyerang Harimau Selatan import terbaik Liga Malaysia (Liga-M) musim Ini. Begitulah pendapat yang diberi oleh Sebegeth Singh, seorang pemerhati bola sepak tempatan.
Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Gonzalo Cabrera sememangnya layak memegang ‘takhta’ sebagai pemain termahal dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) berdasarkan kepada kualiti dan persembahan yang ditunjukkan penyerang itu dalam setiap perlawanan yang beliau sertai.
Komitmen beliau memang tidak boleh kita nafikan sebaik sahaja wisel permulaan ditiup. Setiap usaha dari beliau dilakukan bersungguh-sunggu tidak kira penat lelah. Tidak hairan beliau masih kekal lama di JDT dan mendapat pujian dari pihak pengurusan JDT.
Serbegeth Singh, pemerhati sukan bola sepak tempatan, menyifatkan pemain yang berusia 31 tahun itu sebagai seorang pemain import terbaik bagi musim 2020 dan menganggap Cabrera sebagai ‘wira yang tidak didendang’ untuk skuad Harimau Selatan.
“Persembahannya begitu konsisten bersama JDT dalam setiap perlawanan tetapi dia kurang mendapat tumpuan yang sepatutnya. Mungkin sebab itulah dia boleh sentiasa memberikan fokus untuk beraksi dan memberikan persembahan yang terbaik.
“Dia adalah pemain import terbaik bagi Liga M pada musim ini. Walaupun akan berusia 32 tahun pada Januari ini nanti, tetapi saya percaya dia tidak akan berdepan masalah mengekalkan konsistensi kerana kualiti yang yang ada pada dirinya.
“Dia memiliki kawalan bola yang baik, mampu mengelecek bola dengan pantas dan kemampuan penyudahnya yang tajam. Selain itu, dia mampu menyesuaikan diri untuk beraksi di mana-mana posisi serangan seperti sayap (kiri atau kanan) atau pun pemain nombor 10.” kata Serbegeth Singh.
Terdahulu sebelum ini Berita Harian Sukan telah melaporkan ketiadaan Diogo Santo yang berhijrah ke Thailand baru-baru ini serta Sanjaar Shaakhmedov yang meninggalkan Terengganu FC (TFC) telah menyaksikan status pemain termahal Liga M musim depan bertukar tangan kepada Gonzalo Cabrera pula.
Melalui semakan di laman sesawang www.transfermarkt.co.uk , Cabrera yang dikatakan berpeluang cerah bakal menjadi pemain naturalisasi itu menghuni tangga teratas Liga M dengan nilai pasarannya mencecah RM2.93 juta.
Sebelum ini, Diogo Santo yang juga bekas pemain JDT bernilai RM4.8 juta sementara Sanjaar Shaakhmedov yang juga bekas arkitek skuad Penyu itu bernilai RM3.8 juta.
Bagaimanapun nilai nilai pasaran yang dinayatakan tadi itu sebenarnya telah menurun. Pada April tahun lalu, pemain dari Argentina itu bernilai setinggi RM3.6 juta. Situasi yang sama juga dihadapi oleh pemain-pemain yang lain di mana nilai mereka juga menurun.
Kecemerlangan Cabrera bersama JDT juga menyaksikan beliau dapat mencipta sejarah penjaring gol JDT terbanyak sepanjang zaman dengan jaringan sebanyak 57 gol. Cabrera yang menyertai JDT sejak 2017 berjaya mengatasi rekod Safiq Rahim yang merekodkan jaringan 56 gol sejak 2013.
Wira JDT itu juga telah merekodkan jaringan hatrik pada musim ini selain menyumbangkan 11 gol penalti sejak bersama JDT.