Pasa tahun 2020 ini telah menyaksikan detik sukar, bukan sahaja buat Malaysia malagan seluruh dunia.

Ia merangkumi daripada sektor ekonomi, kesihatan, pendidikan sehinggalah ke bisang sukan, semuanya terkesan akibat pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia.

Namun begitu, penularan ‘musuh yang tidak nampak’ itu bukan penghalang buat rakyat Malaysia khususnya untuk bersatu hati menghadapi kesulitan itu dan melakar sejarah tersendiri.

Menjelang beberapa hari lagi sebelum 2020 melabuhkan tirai, Astro AWANI telah menyenaraikan 10 individu yang boleh dijadikan inspirasi kepada kita semua untuk kita melangkah ke tahun 2021 nanti.

Safawi Rasid, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) antara yang telah disenaraikan oleh Astro Awani. 

Safawi Rasid : 

Nnama penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid bukan calang-calang dalam arena bola sepak tempatan.

Safawi yang juga merupakn penyerang kebangsaan berasal dari Dungun, Terengganu ini turut membuktikan bahawa keupayaan yang dimiliki oleh beliau telah berjaya menarik minat kelab luar negara untuk menyunting pemain tempatan walaupun untuk buat seketika.

Tahun ini telah melakar sejarah manis buat pemain yang berusia 23 tahun itu selepas beliau dipinjamkan oleh JDT ke Portimonense SC pada Oktober lalu.

Kelab Portimonense SC adalah sebuah kelab yang bersaing dalam liga utama Portugal (Liga Premiera). 

Selain beliau berjaya berhijrah ke Eropah, bintang bola sepak negara itu juga turut dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia selama dua musim berturut-turut.

Paling membanggakan apabila Safawi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), pada September lepas.

Namun Safawi tidak lama bersama Portimonense apabila pulang kembali ke JDT dalam menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Antara personaliti lain yang telah disenaraikan oleh Astro Awani itu ialah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ebit Lew, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa, Azizulhasni Awang dan Luqman Hakim Shamsudin.

Sumber : Astro Awani