“ESTOY MUY ORGULLOSO DE CONVERTIME en FAMILIA de JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT)” – Ungkapan bahasa Sepanyol daripada Shahrian Abimanyu, pemain muda baru kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)
“Maksud bahasa Sepanyol ini adalah saya berbangga akan menjadi keluarga JDT,” kata Shahrian Abimanyu.
Abi Telah Lama Menyimpan Niat Ke JDT
“Ini satu penghormatan yang amat besar kepada diri saya, keluarga saya dan sepak bola Indonesia. Jujur berkata saya telah lama menyimpan niat untuk di beri peluang satu hari nanti untuk bersama Kelab JDT.”
Shahrian Abimanyu atau lebih di kenali sebagai Abi, 21, adalah antara pemain muda paling berbakat di Indonesia, dan pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) , Tunku Ismail Sultan Ibrahim, telah menyatakan pelan jangka masa panjang untuk pemain tengah ini yang sedang bermain untuk pasukan kebangsaan Indonesia B-16, B-19 dan B-23.
Ramai tidak mengetahui bahawa Abi fasih berbahasa Sepanyol dan juga bahasa Inggeris, setelah lima tahun berkelana di Sepanyol sejak berumur 12 tahun sehingga 17 tahun.
Abi merupakan anak tunggal kepada pembantu jurulatih Madura United, Rasiman, yang juga kelab terakhir Abi, telah di hantar ke Sepanyol untuk memasuki Akademi Valencia di Sepanyol. Beliau seterusnya meneruskan pembelajaran dan latihan bola sepak, selama 4 tahun sebelum ke kelab Atletico Levante. Abi pulamg ke Indonesia pada tahun 2017 dan menyertai kelab Persija Jakarta di dalam Liga 1 Indonesia.
Setahun kemudian, Abi menyertai Sriwijaya dan selepas itu ke kelab Madura United.
“Saya amat teruja dan bertuah semasa kelab Madura mengadakan perlawanan persabahabatan di Johor dan bertemu JDT II di Stadium Larkin pada Januari tahun ini. Saya berkesempatan melihat fasiliti berkelas dunia padang latihan JDT dan ketika itu Stadium Sultan Ibrahim masih dalam peringkat akhir pembinaannya.
“Kelab JDT lengkap serba serbi dan saya amat bertuah di beri peluang oleh Tunku Ismail untuk bersama Kelab JDT. Di sini saya nyatakan ramai pemain Indonesia di luar sana yang menyimpan hajat untuk bersama JDT.
JDT Beri Satu Nafas Baru Bola Sepak Asia
“Saya telah melihat sendiri, mempunyai pengalaman berlatih di Sepanyol, di mana fasiliti kelab amat terbaik sekali dan di sini kita boleh melihatnya di JDT juga. JDT telah memberi satu nafas baru kepada bolasepak di Asia, dari segi pengurusan sehingga ke atas padang. Itu pasti.’ kata Abi, yang sedang menunggu untuk terbang ke JDT.
Ketika Abi di Kelab Akademi Valencia, Sepanyol, kelab ini adalah di asaskan oleh pemilik peribadi. Dalam masa 4 tahun, seramai lapan pemain Indonesia telah berada di kelab tersebut pada usia yang amat muda dan pengalaman yang di terima oleh Abi, telah mematangkan beliau pada umur yang muda.
Kali terakhir Abi beraksi untuk pasukan bawah 23 Indonesia adalah di dalam perlawanan akhir Sukan Sea di Filipina 2019 , bertemu Vietnam. Indonesia tewas 0-3 dalam perlawanan tersebut.
“Saya bersedia untuk di pinjamkan ke mana mana kelab, di mana sahaja. Saya sudah mempunyai pengalaman berkelana di luar negara, dan saya memahami visi dan misi Tunku Ismail.
“Ini yang saya perkatakan di awal tadi, kelab JDT di bawah Tunku Ismail, adalah kelab paling di segani sekarang dan ramai peminat Indonesia, keluarga saya semua menyokong penuh keputusan saya untuk menerima tawaran JDT. Saya tidak fikir dua kali sebab saya mengetahui kualiti kelab JDT,’ kata Abi yang gemar memakai jersi no 17, mengikuti jejak bapanya semasa bapanya sebagai pemain.
Kredit : cakapsukan.com