Gonzalo Cabrera sebelum ini telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mengatasi Safiq Rahim dengan jaringan sebanyak 57 gol.

Kini Cabrera pula merekodkan catatan sebagai pemain termahal Liga Malaysia (Liga-M) musim depan dengan ketiadaannya Diogo Santo yang berhijrah ke Thailand dan Sanjaar Shaakhmedov yang meninggalkan Terengganu FC (TFC).

Catatan itu diperolehi menerusi semakan di dalam laman sesawang www.transfermarkt.com dan beliau sekarang ini menghuni tangga teratas nilai pasaran bagi Liga-M dengan nilai RM2.93 juta. Cabrera turut dikatakan berpeluang cerah menjadi pemain naturalisasi itu

Sebelum ini Diogo yang juga bekas pemain JDT mencatt nilai pasaran sebanyk RM4.8 juta, sementara Shakhmedov yang juga bekas arkitek skuad Penyu pula bernilai RM3.8 juta.

Walau bagimanapun nilai pasaran Cabrera sebenarnya menurun kerana pada April tahun lalu pemain Argentina berkenaan memiliki nilai setinggi RM3.6 juta dengan situasi sama dapat disaksikan kepada semua pemain yang nilai mereka telah jatuh. 

Berdasarkan nilai tersebut ini bermakna Cabrera yang sebelum ini menduduki tangga kelima berjaya memintas rakan sepasukannya Leandro Velazquez yang sekarang ini memiliki nilai pasaran setinggi RM2.7 juta.

Dalam laporan sebelum ini, Leandro Velazquez adalah pemain kedua termahal Liga M pada 2019 di belakang Diogo apabila pada April tahun lalu, dia memiliki nilai pasaran sekitar RM3.8 juta.

Secara keseluruhan, kemaskini bagi penhujung 2020 menyaksikan pemain skuad JDT mendominasi empat tempat teratas yang diketuai oleh Cabrera, Velazquez dan Mauricio (RM2.3 juta). 

Liridon Krasniqi, pemain naturalisasi kedua negara yang juga pemain JDT, di tempat keempat dengan nilainya terkini RM1.7 juta.

Ifedayo Olusegun, penggempur berbisa dan juga penjaring terbanyak Liga Super musim 2020, berada berada di tangga kelima dengan nilai RM1.6 juta dan nilai itu dikongsi bersama Natxo Insa, pemain berdarah kacukan dari skuad Harimau Selatan.

Beberapa pemain lain pula memiliki nilai pasaran RM1.4 juta antranya tiga pemain kacukan iaitu Matt Davies, Lavere Corbin, Brendan Gan, Kpah Sherman, Careca serta seorang lagi calon pemain naturalisasi negara Romel Morales.

Nilai RM1.4 juta turut menjadi nilai pasaran tertinggi untuk pemain tempatan antaranya Baddrol Bakhtiar, Shahrul Saad serta Safiq Rahim.

Sumber : Berita Harian