Nilai pasaran Safawi Rasid mengikut laman transfermarkt.com adalah €300,000 (RM1.48 juta). Namun tanda harga itu adalah sebelum beliau menyertai kelab Portugal, Portimonense SC.
Nilai tersebut dijangka tidak akan terjejas walaupun Safawi tidak menghabiskan tempoh pinjaman selama semusim bersama Potimonense.
Bintang muda kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dipinjamkan semusim bersama Portimonense sejak bulan Oktober lepas. Namun Safawi hanya berpeluang beraksi bersama pasukan Bawah 23 kelab tersebut. Sehingga kini Safawi tidak diberi peluang beraksi bersama pasukan utama Portimonensi.
Kita perlu melihat perkara itu secara positif. Safawi tidak kerugian mahupun JDT. Bersama sebuah kelab division utama Liga Portugal walaupun hanya beberap bulan, namun ia sudah cukup memberi Safawi suatu keyakinan dan pengalaman yang tidak boleh ditimba di rantau sebelah sini.
Safawi memperoleh pengalaman berlatih bersama pemain Portimonense yang sudah tentu mempunyai tahap kemahiran permainan yang jauh lebih tinggi dari negara kita walaupun kelab itu menduduki empat tangga terbawah liga.
Jika dilihat keadaan safawi, beliau dilihat dalam keadaan kecergasan yang tinggi. Apa tidaknya, beliau ke Portugal pada ketika Liga Malaysia baru sahaja selesai. Tanpa berehat panjang beliau meneruskan latihan sehinggalah ke hari ini.
Dalam beberapa minggu Liga Malaysia akan bermula, beliau dijangka sudah benar-benar bersedia dan di tahap kecergasan yang paling tinggi berbanding dengan rkan lain.
Mengikut Effendi Jagan Abdullah, Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, beliau menjelaskan nilai itu juga kemungkinan tidak akan terjejas walaupun Safawi dilaporkan akan kembali ke pangkuan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak lama lagi.
“Saya rasa kembalinya Safawi ke JDT) tidak akan memberi kesan kepada nilai pasarannya. Tetapi jika Safawi diberi peluang beraksi bersama pasukan Portimonense sebelum ini, sudah tentu nilai pasarannya mungkin lagi meningkat.
“Tapi walaupun Safawi tidak menamatkan tempoh pinjaman, tidak menjadi masalah dan tidak akan menjejaskan nilai pasaran dia,” kata Effendi
Oktober lepas, Safawi ke Portugal untuk menyertai Portimonense secara pinjaman untuk semusim selain menimba pengalaman beraksi di liga utama negara itu.
Bagaimanapun Safawi kurang bernasib baik apabila dia masih belum diberikan peluang oleh barisan kejurulatihan kelab itu yang diketuai Paulo Sergio untuk membuat penampilan sulung bersama skuad utama Portimonense.
Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pemilik JDT, pada minggu lalu mengejutkan semua pihak apabila mengumumkan bahawa Safawi akan kembali bersama skuad Harimau Selatan untuk saingan Liga Malaysia musim depan sekali gus tidak akan menamatkan tempoh pinjamannya bersama Portimonense.
Sumber : Berita Harian