“Semestinya saya gembira apabila dapat tercalon dan kali ini saya sedar calon-calon lain juga tidak kurang hebatnya untuk merebut trofi itu.

Begitulah kata bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid apabila mengetahui namanya dicalonkan dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan 20202 (ABK20) Virtual.

Safawi menghargai penganjuran yang dianggap sebagai pemangkin semangat kepada pemain selepas mengharungi musim sukar susulan pandemik COVID-19.

Sadawi Rasid, 22 tahun, mengakui gembira setelah turut dicalonkan dalam kategori Pemain Tengah Terbaiktahun ini dan berharap dapat mempertahankan gelaran tersebut buat kali kedua berturut-turut.

“Saya berpuas hati dengan prestasi saya bersama JDT dengan meledak tujuh gol secara keseluruhan pada musim ini dalam Liga Super sebelum berhijrah ke kelab Portimonense SC, Oktober lepas.

“Trofi yang pernah saya menangi dalam anugerah berprestij itu sentiasa memberi motivasi kepada saya untuk berada di tahap terbaik pada setiap musim.

“Untuk saya sendiri, memang kalau boleh saya berharap menang sekali lagi kali ini. Jika menang, ini bermakna sudah tiga tahun berturut-turut saya meraih trofi dalam ABK walaupun lain-lain kategori. Itu yang membuat saya mahu terus berusaha untuk sentiasa melakukan yang terbaik setiap tahun.

Secara keseluruhannya, Safawi rasa berpuas hati dengan prestasi dan juga pasukannya. 

“Walaupun dengan COVID-19 menghalang kita beraksi penuh semusim, tetapi kita semua dapat mengharunginya bersama dan saya sendiri berjaya sekurang-kurangnya meledak tujuh gol peribadi pada musim ini”, katanya.

Safawi akan dicabar beberapa rakan sepasukannya bagi kategori Pemain Tengah Terbaik iaitu Afiq Fazail, Gonzalo Cabrera dan Leandro Velazquez. 

Selain itu, Brendan Gan (Selangor), Leandro dos Santos (Perak), Lee Tuck (Terengganu FC), Faisal Abdul Halim (Pahang), Syahmi Safari (Selangor) dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang) turut menjadi pencabar beliau.

Sebagai rekod, Safawi berjaya mengekalkan gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali kedua berturut-turut pada tahun lalu (2018 dan 2019), Pemain Muda Harapan 2018, Pemain Tengah Terbaik 2018, Penyerang Terbaik 2019 dan Pemain Paling Popular 2019.