Pengalaman berharga sudah pun ditiimba oleh Safawi Rasid di mana ia boleh dicurahkan kepada skuad Harimau Malaya. Ianya bukan soal berapa lama di Portimonense SC.
Juzaili Samion, bekas pemain kebangsaan, yang juga pernah berkelana di Perancis bersama kelab RC Strasbourg dan FCSR Haguenau selama dua tahun sejak 1999 berkata, dia juga pernah melalui pengalaman yang hampir sama dengan Safawi.
“Selepas tamat berkelana di Perancis, saya pulang menyarung jersi Pahang pada tahun 2001. Setahun kemudian, menjalani ujian percubaan dengan beberapa kelab Jerman, Eintracth Frankfurt, Mainz 05, FC Oberhaussen dan Kickers Offenbach selama sebulan.
“Biarpun masanya singkat tetapi saya banyak belajar dalam tempoh itu. Dari segi corak latihan, fizikal dan tempo permainan memang jauh berbeza. Tapi saya ambil dari sudut positif untuk kemajuan diri.
“Jadinya, tiada isu berapa lama Safawi di Portimonense, sebab biarpun tempoh pendek tetapi dia banyak belajar sesuatu ketika di sana. Apa yang dia dapat, dia boleh bantu skuad kebangsaan.
“Lagi pun, dia pulang ke pangkuan JDT (Johor Darul Ta’zim), sebuah pasukan yang hebat,” kata jurulatih bawah 21 tahun (B-21) Piala Presiden Felda United itu ketika diwawancara oleh Utusan Malaysia.
Safawi Rasid, 23 tahun, disahkan akan kembali beraksi bersama JDT semula di Liga Malaysia musim depan selepas dipinjamkan kepada kelab Portugal, Portimonense SC pada Oktober lalu.
Perkara tersebut disahkan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama [email protected] AstroArena baru-baru ini, di mana khidmat pemain sayap itu ditagih untuk membantu Harimau Selatan pada musim baharu nanti.
“Kita kena faham, Safawi adalah merupkan aset bola sepak negara. Sudah tentu sebagai pemain kebangsaan, dia memerlukan minit permainan.
“Jika dia di Portimonense dan minit permainan dia kurang, ia akan menjadi masalah kepada skuad kebangsaan. Jadi apabila pulang ke JDT, peluangnya untuk bermain akan banyak.
“Perkara ini kita perlu ambil kira juga.