Johor Darul Ta’zim (JDT), juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, mengetuai pencalonan 10 kelab bola sepak popular Asia Tenggara.
Selain itu, Perak, juara Piala Malaysia 2018, juga turut dicalonkan dalam anugerah anjuran badan bola sepak Asia, AFC.
Daripada 10 kelab yang disenaraikan, Indonesia mendominasi senarai pencalonan menerusi Persija Jakarta, Persib, Persebaya Surabaya dan Arema FC.
Vietnam menempatkan dua calon iaitu Hanoi FC dan Hoang Anh Gia Lai, manakala Thailand dan Australia masing-masing dengan satu pencalonan Buriram United serta Western Sydney Wanderers.
Penyokong bola sepak boleh mengundi pasukan yang diminati di laman web:
https://www.the-afc.com/news/afcsection/the-search-for-asia-s-most-popular-football-club-asean
Update : 23.12.2020 1:25 pagi :
Ketika ini, dua pasukan saling berebut tempat dalam undian yang sedang berjalan. Persija Jakarta berada di atas dengan mengutip undian sebanyak 33.98 peratus. Manakala JDT mengikuti rapat dengan 31.49 peratus. Undian masih berjalan dan akan ditutup pada 25 Disember ini.
