Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pembukaan semula sektor sukan dan rekreasi termasuk penganjuran Piala Malaysia secara berfasa berkuatkuasa dari 1 Januari 2021 ini kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Ini satu berita yang menggembirakan saya percaya, perlawanan Piala Malaysia boleh diadakan bermula Januari 2021,” kata Ismail Sabri.

Namun, Ismail Sabri berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi kelonggaran itu masih tertakluk kepada syarat tertentu.

“Di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan dengan mematuhi SOP ditetapkan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga mengumumkan yang penonton telah dibenarkan semula untuk kembali ke stadium dengan kadar yang minima.

“Penganjuran kejohanan tempatan adalah dibenarkan dengan kapasiti penonton 10 peratus atau maksimum 4,000 orang penonton.

Di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), seramai 4000 penonton dibenarkan masuk atau 10% kapasiti stadium mengikut bilangan mana yang lebih rendah.

Ini bermakna jJika kapasiti Stadium Sultan Ibrahim adalah 40,000  maka hanya kita benarkan 10 peratus (4,000 orang) sahaja.”

Di kawasan PKP Bersyarat pula, perlawanan boleh diadakan tanpa kehadiran penonton manakala di kawasan PKP Diperketatkan tiada sebarang aktivti sukan dan rekreasi dibenarkan.