Johor Darul Ta’zim (JDT), juara Liga Super Malaysia tujuh musim berturut-turut, akan kembali menjalani latihan semula bagi persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan bermula awal Januari ini.

Benjamin Mora, pengendali JDT, berkata, latihan akan bermula sebaik sahaja pemain-pemain kembali daripada bercuti. Ia dijangkakan pada bulan depan memandangkan anak buah Mora perlu menghabiskan cuti mereka setelah membawa kejayaan merangkul kejayaan menjulang liga buat kali ketujuh berturut-turut.

Persiapan untuk musim depan sudah dirangka dengan rapi manakala pemain harus berada di tahap kecergasan yang tinggi dan memuaskan bagi memastikan setiap perancangan latihan yang disusun semuanya berjalan dengan lancar.

“Bukan sahaja faktor kecergasan yang dititik berat, malah ia juga membabitkan kekuatan mental dan emosi pemain memainkan peranan kerana semua itu mampu menaikkan semangat pemain meneruskan latihan.

“Situasi yang dialami sekarang (Covid-19) menjejaskan perancangan kita pada musim ini dan berharap ia tidak mengganggu latihan yang dirancang untuk liga musim depan,” kata Mora.

Benjamin Mora telah ditemubual di ibu pejabat JDT, semalam oleh Sukan NSTP selepas majlis kerjasama antara JDT dan UNICEF.

JDT berjaya merangkul kejuaraan liga untuk musim ketujuh berturut-turut selepas menamatkan saingan selaku pendahulu liga dengan mengumpul 29 mata dan mengekalkan rekod tanpa kalah. JDT menangi 9 perlawanan dan seri dua dalam 11 perlawanan.

Benjamin Mora, jurulatih kelahiran Mexico itu membuktikan kewibawaan selaku pengendali skuad Harimau Selatan setelah melakar hatrik peribadinya membimbing JDT menjuarai liga. Kejayaan itu menyaksikan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyambung kontrak Mora untuk musim depan.

Mora menegaskan bukan sahaja saingan pada musim depan pasukan JDT bakal berdepan cabaran sengit namun pada musim ini juga JDT diberi tentangan walaupun saingan liga dipendekkan hanya satu pusingan.

“Oleh itu kami kena mengekalkan kekuatan yang sedia dan meningkatkan lagi kualiti permainan bagi memberi saingan pada musim depan.

“Tidak dinafikan, kami akan berdepan situasi sukar untuk mengekalkan apa yang kami raih.

“Tapi kami akan tetap bersungguh-sungguh untuk kekalkan apa yang kami kecapi iaitu mengulangi kejayaan yang dimenangi.”

Bagimanapun Mora berharap penyokong dapat datang ke stadium memberi sokongan padu kepada pasukan kerana sorakan penyokong menjadi nadi kekuatan kepada pasukan. 

Pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Malaysia (MFL) sedang berusaha memohon kebenaran kehadiran penonton di stadium dalam skala yang kecil. 10 peratus daripda kapaaiti stdium dilihat sudah memadai.