Bintang muda skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid akan kembali ke pangkuan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan. 

Keputusan itu diumumkan sendiri oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam wawancara Astro di bola@mamak pukul 8.30 malam ini sebentar tadi.

“Saya rasa Safawi akan kembali, jadi Safawi akan bersama JDT tahun 2021. 100 peratus (sah),” kata Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Namun belum ada kepastian bila Safawi akan kembali, sama ada awal atau pertengahan musim 2021.

Safawi kini bersama kelab Portugal, Portimonense SC selepas dipinjamkan dari JDT selama semusim.

Buat masa ini, Liga Premiera baru mengharungi 9 perlawanan dan masih mempunyai 25 perlawanan lagi untuk tamat musim 2020/21.

Bagaimanapun, Safawi yang menyertai kelab itu sejak Oktober lepas masih belum diberi peluang untuk membuat penampilan pertama bersama skuad utama Portimonense SC.

Sumber : Berita Harian