Kerajaan Kelantan merancang untuk membina sebuah stadium baru yang berkapasiti 40,000, dengan anggaran perbelanjaan RM600 juta, di Bukit Merbau, Pasir Puteh. Ia akan dijadikan venue utama untuk edisi ke-22 Sukan Malaysia (Sukma) pada tahun 2026.
Wan Roslan Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, berkata, stadium itu akan dibina di atas sebidang tanah seluas 129.5 hektar.
“Stadium Sultan Ibrahim di Johor, yang telah mereka kunjungi, akan menjadi penanda aras untuk pembinaan stadium baru di Bukit Merbau.” kata Wan Roslan.
“Semua kompleks sukan yang akan kita bina akan bertaraf antarabangsa kerana selain Sukma, kita juga ingin melahirkan pemain kebangsaan yang mampu bersaing di pentas antarabangsa.
Wan Roslan berkata selepas selesai mesyuarat Lembaga Stadium Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob hari ini .
Wan Roslan juga mengatakan bahawa kerja-kerja baik pulih di Stadium Sultan Muhammad IV dijadualkan bermula awal tahun depan sebagai persiapan untuk Sukma 2026.
Sebanyak lebih daripada RM7 juta yang diperuntukkan untuk kerja menaik taraf akan disalurkan melalui Kementerian Belia dan Sukan.
Stadium Sultan Ibrahim, stadium kelab Johor Darul Ta’zim telah dibina dengan kos sekitar RM200 juta adalah atas ilham dan usaha dari pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Rumah Harimau Selatan itu telah dirasmikan pada 22 Februari lepas boleh memuatkan 40.000 penonton. Stadium itu dibina di atas tanah berkeluasan 28.3 hektar itu juga adalah sebahagian dari Bandar Sukan JDT.
Artikel Penuh : The Malay Mail
Foto : The Photoshooterz