Menjelang hujung tahun 2021, semakin rancak persiapan-persiapan pasukan Liga Malaysia (Liga-M) ini. Pelbagai perubahan dan pengambilan pemain baharu pasukan-pasukan merancakkan lagi persediaan sesebuah pasukan menjelang musim baharu ini.
Tidak ketinggalan juga keputusan melepaskan beberapa pemain dari skuad Liga-M. Antara pasukan yang sentiasa menghangatkan lagi suasana persiapan ialah kelab Johor Darul Ta’zim (JDT). Apa tidaknya, baru sahaja mengumumkan akan membuat pendedahan beberapa hari mendatang ini sudah banyak spekulasi dibuat oleh peminat dan penyokong JDT.
Sebaik sahaja pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan akan ada pendedahan pada Khamis ini, ramai yang tertunggu-tunggu dan membuat andaian masing-masing yang boleh diambilkira kebenaran andaian tersebut.
Spekulasi itu berlegar susulan pendedahan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan kelab JDT bakal membuat pengumuman khas berhubung kemasukan sekurang-kurangnya lapan pemain baharu menerusi satu sidang media khas Khamis ini.
Nama dua pemain naturalisasi negara iaitu Mohamadou Sumareh dan Isaac Angking semakin kuat dikaitkan bakal menyertai juara tujuh kali Liga Super berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) musim depan.
Dua tonggak naturalisasi tidak didedahkan oleh Tunku Ismail namun, di kalangan peminat bola sepak tanah air menjangkakan Sumareh akan kembali semula ke Liga Malaysia (Liga M) setelah dia menyertai pasukan Police Tero di Liga Thailand dengan kontrak selama enam bulan pada September lalu.
Sebelum ini lagi, telah beberapa kali Sumareh dikaitkan dengan JDT ketika beliau masih terikat dengan pasukan Pahang lagi. Namun ianya tinggal hanya menjadi spekulasi sahaja. Spekulasi di bidang bola sepak ini sudah menjadi satu kemestian bagi media dan peminat bola sepak sesuatu pasukan.
Keterujaan perasaan peminat untuk mengetahui kejutan yang bakal diumumkan Khamis nanti turut menyaksikan Isaac Anking yang merupakan pemain kacukan Malaysia-Amerika Syarikat (AS) bakal menyertai skuad JDT nanti.
Pemain tengah yang berusia 20 tahun kelahiran Rhode Island itu dikaitkan selepas New England Revolution yang beraksi dalam Major League Soccer Amerika Syarikat tidak menyambung khidmatnya bagi musim depan.
Isaac Anking sebelum ini pernah menyarung jersi skuad bawah 17 tahun (B-17), Amerika Syarikat dan bermain di Nike International Friendlies, namun beliau gagal tersenarai dalam skuad Piala Dunia B-17 Amerika Syarikat.
Anking mempunyai pertalian darah dengan Malaysia kerana ibunya berasal dari Sarawak,
Pengumuman Tunku Ismail itu sentiasa menarik minat penyokong bola sepak tanahair untuk mengetahui setiap perancangan skuad JDT yang sentiasa menampilkan elemen kejutan dalam setiap pra musim.
“Kami telah menandatangani empat pemain untuk musim 2021 serta empat lagi pemain (dua naturalisasi dan satu pemain import) untuk musim 2022,” kata Tunku Ismail melalui posting terbaharu dalam laman rasmi Facebook dan twitter Johor Southern Tigers (JST), semalam.
Disamping itu juga, Tunku Ismail turut mendedahkan, JDT bakal memeterai perjanjian dengan sebuah jenama antarabangsa terkemuka dunia akan dimaklumkan pada sidang media khas berkenaan.
Terdahulu sebelum ini, pada sidang media Oktober lepas, Tunku Ismail mengesahkan JDT berjaya mendapatkan khidmat pemain Liga Mexico, Tijuana iaitu Camilo Da Silva dan pemain tengah negara, Muhammad Daniel Amier Norhisham yang sah menyertai pasukan itu musim depan. Namun difahamkan, Camilo telah berjaya menyambung kontrak bersama kelab asalnya.
Artikel Penuh : Harian Metro
.