Arema FC, sebuah kelab dari Liga 1 Indonesia, mengakui bahawa pihaknya tidak bertindak balas terhadap Dedik Setiawan yang mendapat tawaran dari kelab luar negara. Ini kerana Dedik masih dalam kontrak dengan kelab kebanggaan masyarakat di Malang, Jawa Timur.

Pengurus Besar Arema FC, Ruddy Widodo, mengatakan bahawa pada minggu lepas, seorang ejen bertanya mengenai Dedik Setiawan. Ejen itu cuba menggoda Arema agar dapat membawa Didier Drogba Arema FC itu ke luar negara. Dedik Setiawan juga adalah pemain kebangsaan Indonesia berumur 26 tahun.

Pendedahan Pengurus Besar Arema FC

Melalui sebuah portal bola Indonesia, football5star , Rudy mendedahkan bahawa ejen itu mahu menawarkan Dedik untuk menyertai pasukan dari Malaysia. Namun, pihak pengurusan Arema FC memilih untuk mengabaikannya kerana Dedik masih dalam kontrak.

“Seorang ejen dari Malaysia bertanya kepada kami mengenai Dedik, dia mengatakan bahawa dia mahu membawanya ke sana, dia tidak mengatakan kelab mana. Tetapi, saya tidak memberi sebarang respon. Dedik masih dalam kontrak dengan Arema. Lagipun, kami masih memerlukan tenaganya,”kata Ruddy Widodo, yang dipetik dari Buletin Wearemania.

Menurut Ruddy, kelab Malaysia tidaklah lebih daripada Indonesia dari segi kewangan (financial). Hanya Johor Darul Ta’zim ( JDT) yang lebih berkemampuan. Dia tidak mahu Dedik Setiawan memilih kelab yang salah nanti.

Pilih Kelab Jika Mahu Pindah

Melepaskan pemain ke luar negara bukan hanya bermain di luar negara, tentunya anda harus memilih kelab yang sihat dari segi kewangan. Apa yang saya tahu ialah satu-satunya kelab Malaysia yang baik dari segi kewangan adalah JDT, “kata Ruddy.

Kali terakhir Liga 1 Indonesia beraksi adalah pada 15 Mac lepas di mana ketika itu perlawanan baru sahaja memasuki minggu ketiga. Kemungkinan ia akan disambung ke perlawanan seterusnya pada tahun hadapan selepas keadaan pandemik Covid-19 reda di Indonesia. Selepas 3 perlawanan, Arema FC menduduki tangga ke-12 dalam carta Liga 1 Indonesia. Pada musim 2019, Arema berada di tangga ke-9.

Hanya JDT Sahaja

Pengakuan dari Pengurus Besar Arema FC itu juga boleh diungkapkan, Didek Setiawan hanya boleh difikirkan berpindah sekiranya ke JDT sahaja. Beliau tidak nampak ada pasukan lain yang lebih baik dan boleh menjaga kebajikan pemain itu. Itu pun sekiranya mendapat tawaran dari JDT.

Dari situ juga kita boleh membuat kesimpulan, Liga Bolasepak Indonesia meletakkan JDT di kedudukan yang tinggi dalam pelbagai segi. Ia belum menyebut lagi berkaitan dengan kemudahan fasiliti yang JDT sediakan.

Sumber : football5star