Saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) telah masuk ke peringkat Separuh Akhir yang dijadualkan akan berlangsung pada Ahad, 13 Disember 2020 diantara Vissel Kobe, dari Jepun dan Ulsan Hyundai dari Korea Selatan.

Vissel Kobe yang berada dari Kumpulan G bersama JDT terpaksa berhempas pulas menewaskan Suwon Bluewings yang juga dalam kumpulan yang sama pada 10 Disember lepas. Perlawanan kedua-dua pasukan itu berakhir dengan seri 1-1 sehingga akhir masa. Vissel Kobe akhirnya memenangi perlawanan itu selepas ditentukan dengan sepakan penalti, 7-6.

Sebelum itu, Vissel Kobe menduduki tangga teratas Kumpulan G diikuti dengan Suwon Bluewings. Guangzhou Evergrande gagal mara ke pusingan 16 kerana perbezaan gol dengan Suwon Bluewings. Manakala Johor Darul Ta’zim tidak dapat meneruskan saingan tersebut kerana tidak mendapat kebenaran dari Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Wakil Kumpulan G itu akan bertemu Ulsan Hyundai di peringkat separuh akhir nanti pada pukul 6.00 petang waktu Malaysia. Pemenang akan mara ke perlawanan akhir bertemu Persepolis yang telah memenangi perlawanan separuh akhir 2-1 menentang Al-Nassr.

Vissel Kobe yang dipimpin oleh Iniesta, pernah menewaskan JDT di laman mereka dengan jaringan 5-0

Sayang sekali bagi JDT tidak dapat bersaing di Doha, Qatar. JDT berpeluang menimba pengalaman beraksi melawan gergasi bola sepak Asia setidak-tidaknya. Walaupun agak sukar dan mustahil berada di kedudukan dua tempat teratas kumpulan untuk mara ke pusingan 16, namun keajaiban boleh berlaku.

JDT telah membuktikan mereka bukan tidak boleh menang terutama setelah berjaya menewaskan Suwon Bluewings di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 3 Mac lepas 2-1. Dengan berbekalkan 3 mata ketika itu. JDT kiranya sudah hampir matlamat ke pusingan seterusnya. Dua kemenangan di Doha boleh memecahkan rekod sejarah JDT dan Malaysia.

Pada musim lepas, JDT berjaya mengutp 4 mata hasil dari 1 kemenangan dan 1 seri dan berada di tangga terbawah carta Kumpulan E. Walaupun segala keputusan yang melibatkan JDT terbatal kerana menarik diri musim ini, namun JDT sudah tentu akan kembali sekali lagi buat kali ketiga berturut-turut pada musim hadapan dengan persediaan yang lebih rapi.

Kemenangana tunggal JDT musim lepas adalah ketika menentang Kashima Antlers 1-0 di Stadium Larkin, Johor Bahru. Sementara itu JDT seri dengan Gyeongnam FC 1-1 juga adi laman sendiri.

JDT sudah pun menempah tiket melayakkan diri ke ACL 2021 peringkat kumpulan terus Bersama-sama dengan 5 pasukan lain dari Asia Tenggara. Ia merupakan tahun ketiga berturut-turut penyertaan JDT di peringkat kumpulan sejak 2019.

Pasukan lain dari Asia Tenggara yang sudah mendapat tiket ialah Tampines Rovers (Singapura), Viettel FC (Vietnam), United City (Filipina) dan BG Pathum (Thailand). Satu lagi wakil adalah dari Thailand yang memperoleh dua slot. Ia mungkin akan dapat ditentukan pada dua perlawanan lagi dalam Liga 1 Thai.

Badan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah memaklumkan bahawa format pertandingan bagi kejohanan Piala AFC sudah pun ditetapkan . Format Piala AFC bagi musim 2021 nampak lebih menyenangkan selepas tiada lagi aksi di laman sendiri dan di tempat lawan bagi perlawanan peringkat kumpulan seperti kebiasaannya sebelum ini.

Perlawanan peringkat kumpulan Piala AFC itu akan berlangsung di satu venue khusus yang bakal ditetapkan nanti. Setiap pasukan hanya akan beraksi untuk tiga perlawanan dalam tempoh tujuh hari. Saingan dijangka akan bermula pada April tahun depan.

Manakala untuk ACL 2021, badan AFC itu masih belum menetapkannya lagi formatnya.

Foto : Vissel Kobe