Keazaman Selangor dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan nampak benar-benar serious. Ini dapat dilihat dari segi perubahan pengurusan dan pengambilan pemain baharu.

Mereka jadikan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai pencabar mereka. Bukan setakat itu sahaja, malah mereka ingin mengekang dan mengakhiri dominasi JDT dalam Liga-M selepas ini.

Kemasukan bekas penyerang perak, Shahrel Fikri Md Fauzi, Selangor sekarang ini boleh dianggap sebagai antara pasukan dengan jentera serangan paling ‘menyengat’dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

The Red Giants kini mempunyai tiga penggempur berbisa dalam Liga-M musim ini. Penyerang import mereka, Ifedayo Olusegun merupakan penjaring terbanyak Liga Super musim ini dengan meledak 12 gol. 

Shahrel pula mengesahkan status sebagai penjaring tempatan terbanyak Liga Super dengan jaringan 10 gol. 

Manakala Danial Asri pula merupakan penjaring tempatan terbanyak Liga Perdana juga telah diserap dari Selangor II.

Jumlah 28 gol yang diledak oleh ketiga-tiga penyerang tersebut seolah-olah satu petanda betapa Selangor bakal menjadi antara pasukan yang perlu diawasi musim hadapan. 

Satu persaingan yang sihat ini untuk mengekang JDT dari merangkul juara Liga Super untuk kali kelapan berturut-turut. 

Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Micheal Feichtenbeiner menyifatkn Shahrel Fikri sebagai penyerang yang ‘lengkap’ selain dari menganggap beliau sebagai penyerang yang paling menarik.

Adakah JDT sekarang ini duduk diam dan selesa dengan kejayaan yang telah dikecapi ?

Sudah tentu tidak. Malah pernah disebut bahawa JDT ketika ini baru di peringkat permulaan dan banyak lagi kejutan dan kejayaan yang sedang diusahakan lagi. 

JDT masih mencari seorang penyerang yang ditinggalkan kosong apabila Diogo Santo telah kembali ke Liga 1 Thailand bermain dengan BG Pathum. 

Pemilik JDT sudah tentu mempunyai perancangan yang padu lebih-lebih lagi JDT akan bersaing sekali lagi buat kalu ketiga berturut-turut dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL). 

Dengan perkembangan terbaru pasukan Selangor dan beberapa pasukan lain, JDT tentunya mahir dengan kaedah mengatasi situasi tersebut. 

Kebiasaannya perubahan-perubahan tak kita sama ada di bahagian pengurusan atau penain-pemain akan rancak dan hangat sebelum liga bermula sahaja. Ia akan menjadi sejuk apabila liga sudah bermula. 

Sesuatu yang kita tidak nampak iaitu perubahan dan kesediaan dari segi mental dan visi ke mana pasukan itu hendak pergi. Perubahan mental juga perlu seiring dengan perubahan fizikal. Itu belum termasuk lagi dari segi kenudahan-kemudahan sebagai memantapkan persiapan pemain.

Dapatkah The Red Giants bersaing (jika tidak mengatasi) dengan JDT ?

Apakah perancangan JDT musim hadapan ?

Sama-sama kita tunggu dan lihat apabila musim hasapan bermula nanti. 

Jangan semangat itu datang setiap kali ketika pra-musim sahaja.