JDT Mengorak Langkah

Johor Darul Ta’zim (JDT), yang selalu dianggap sebagai sebuah kelab gergasi bola sepak tempatan, terus menarik minat jenama antarabangsa apabila baharu sahaja mengumumkan kerjasama strategik bersama Spartan.

Sebentar tadi, laman facebook JOHOR Southern Tigers (JST telah mengeluarkan satu kenyataan, kerjasama yang terjalin itu menyaksikan acara ‘Spartan Stadion’ bakal diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada setiap tahun bulan Jun.

Melihat perkembangan terbaharu itu menyaksikan Spartan Station menjadi jenama ketiga yang memeterai perjanjian bersama JDT selepas Subway dan SWAG yang mencapai kata sepakat pada bulan lepas (November).

Kerjasama ini juga dilihat akan dapat memberikan peluang buat peserta acara tersebut yang datangnya dari luar negara bagi merasai pengalaman menikmati fasiliti canggih kelab JDT.

Spartan Race mengikut logo mereka merupakan penganjur larian berhalangan terbaik di dunia.

Pengembangan Jenama JDT

”Perjanjian ini selari dengan strategi antarabangsa JDT untuk membawa ribuan peserta dari luar negara untuk merasai pengalaman sendiri laman Harimau Selatan dan hospitaliti setiap tahun.”

”Sekaligus, ia dapat mengembangkan lagi jenama JDT di samping menjana pendapatan komersil untuk kelab,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan JST.

Sebelum ini JDT telah bekerjasama dengan Hublot, pengeluar jam tangan mewah dari Switzerland, pada tahun lalu sekali gus menjadi jam tangan dan penjaga masa rasmi kelab tersebut.

Sebelum itu juga, JDT turut menerima tajaan dari jenama pakaian sukan terkenal, Nike.

JDT mengorak langkah mendahului kelab lain tempatan. Langkh tersebut dapat memperkukuhkan kewangan kelab selain dari mempromosi JDT di seluruh pelusuk dunia terutama yang melibatkan sukan bola sepak.

Masih ada lagi kejutan dan pengumuman berkaitan penajaan yang seperti itu yang bakal diumumkan oleh pihak JST. 

Sebelum itu sebagai rekod dan catitan sejarah bola sepak Malaysia, JDT merupakan satu-satunya pasukan dalam Malaysia yang mempunyai bangunan ibu pejabatnya sendiri, iitu di dalam kawasan stadium itu juga. 

Stadium Sultan Ibrahim turut sebaris dengan stadium-stadium terbaik Asia dengan reka bentuk dan fasiliti stadium tersebut. 

Sumber dan Foto : JOHOR Southern Tiger