Rozaimi Abdul Rahman berkata bahawa kemalangan ngeri yang menimpa penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad turut pernah dilalui oleh beliau pda tahun 2015 lalu.

Rozaimi merupakan seorang penyerang berbakat negara suatu ketika dahulu sebelum insiden itu.

Jelas Rozaimi lagi, dia mengakui trauma apabila kejadian yang menimpa Syafiq adalah sama seperti episod hitam yang dilaluinya dulu. Kemalangan tersebut yang berlaku di Tuaran, Sabah menyaksikan anak saudaranya sendiri terkorban.

Tragedi Sama Menimpa Rozaimi

Rozaimi menangis sebaik sahaja mengetahui kemalangan yang menimpa Syafiq itu. “Saya kemalangan dengan kereta semua, sampai sekarang saya masih trauma. 

Apabila melihat kemalangan yang menimpa Syafiq Ahad lalu, saya menangis sebab masih teringat anak saudara saya.

“Dia (Syafiq) pula dengan mak mentua dan anaknya, jad! ia benda yang sama seperti yang berlaku terhadap saya, saya melihat kemalangan itu memang dalam keadaan trauma.

“Saya lihat keretanya juga sama macam kereta saya dulu, hancur. Lepas itu dia hilang orang yang tersayang, memang sama macam saya,” katanya melalui akaun Facebook rasmi beliau.

Ahad lepas, Syafiq yang juga merupkan penyerang Harimau Malaya terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Kilometer 163.6 arah utara di Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Kemalangan itu mengorbankan bayi lelakinya berusia 22, ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45 tahun dan Titik Sukamti, 30an, pembantu rumahnya dari Indonesia.

Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2 tahun, cedera ringan sementara isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25 tahun, dilaporkan cedera parah.

Semangat Untuk Syafiq

Rozaimi Absul Rahman yang pernah dijulang antara penyerang muda terbaik Asia menitipkan nasihat dan semangat kepada Syafiq Ahmad agar tabah menerima dugaan yang berat ini.

“Anak saudara saya dari kecil membesar dengan saya, saya tak boleh ingat kemalangan itu, saya kena ingat perkara lain daripada itu untuk menguatkan semangat diri saya.

“Kesedihan itu memang ada, rasa nak nangis pun ada bila teringat perkara itu tetapi kita kena kuat dan jangan ingat benda yang membuatkan kira rasa hilang semangat,” katanya.

Buat masa ini, Rozaimi dikaitkan dengan beberapa pasukan termasuk Sabah selepas kontraknya dengan JDT tidak disambung selepas bersama skuad JDT sejak 2016.

Sumber : Berita Harian