Pusat membeli-belah Angsana, Johor Bahru di sini, ditutup sementara mulai pukul 8 malam ini untuk kerja-kerja sanitasi, susulan terdapatnya kes positif COVID-19 di bangunan berkenaan.
Datuk Dr Aman Rabu, Pengarah Kesihatan Johor berkata bahawa arahan penutupan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) itu akan berkuat kuasa selama tujuh hari sehingga 14 Disember, mengikut Sub seksyen 18 (1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
“Arahan ini dibuat hasil penilaian pegawai JKNJ di lapangan petang tadi.
“Ia bagi membolehkan kerja2 sanitasi dilakukan selain untuk memberi ruang proses saringan dibuat terhadap pekerja-pekerja premis yang terlibat,” kata Dr Aman.
Dr Aman berkata sebelum arahan dikeluarkan, beliau dimaklumkan ada beberapa premis di pusat beli-belah itu telah mengambil inisiatif menutup awal operasi mereka.
“Kebanyakan premis itu adalah yang dikenal pasti mempunyai kontak rapat dengan pesakit kes positif COVID-19.
Sementara itu, melalui tinjauan Bernama di pusat membeli-belah berkenaan mendapati antara premis yang menutup awal operasi sejak pukul 11 pagi tadi adalah kedai makanan, butik pakaian, kedai jam, kedai elektronik dan kasut.
Sebahagian daripada premis itu juga telah menampal notis pemakluman pemberhentian sementara operasi di hadapan kedai masing-masing.
Baru-baru ini, tular di media sosial dakwaan terdapat penularan kes COVID-19 di pusat beli-belah itu, menyebabkan
Sebelum ini tular di media sosial orang ramai mendesak pihak pengurusan menghentikan sementara operasi susulan terdapat penularan kes COVID-19 di pusat beli-belah itu.