Perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2020 (ACL) telah berakhir semalam. Pelawanan disambung semula dengan format baharu di Qatar. Sebanyak 3 perlawanan telah berlangsung malam tadi.

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menarik diri susulan dari halangan keluar negara dari pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana pandemic Covid-19 yang melanda. Akibatnya badan Konfiderasi Bolasepak Asia (AFC) telah mengeluarkan nama JDT dari senarai dan mata bagi Kumpulan G yang melibatkan JDT itu tidak diambilkira. Ini bermakna Kumpulan G hanya tinggal 3 pasukan sahaja, Vissel Kobe, Suwon Bluewings dan Guangzhou Evergrande.

Perlawanan penentu malam tadi antara Vissel Kobe (Jepun) dan Suwon Bluewings (Korea Selatan) menyaksikan Suwon menang 2-0 dan seterusnya menduduki tangga kedua carta Kumpulan G dengan mengumpul 5 mata sama dengan Guangzhou.

Kedudukan Carta ACL2020 Kumpulan G

Dua pasukan teratas (Vissel Kobe dan Suwon) mara ke peringkat Pusingan 16. Suwon mara setelah kiraan perbezaan jaringan memihak kepada pasukan itu.

Suwon Bluewings adalah sebuah pasukan dari Korea Selatan yang pernah bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri untuk perlawanan peringkat kumpulan ACL2020. Dalam perlawanan tersebut, JDT Berjaya menundukkan Suwon dengan jaringan 2-1 pada 03 Mac 2020. Selepas perlawanan tersebut, JDT menduduki tangga kedua kumpulan selepas Vissel Kobe.

ACL2020 : Carta Jadual ACL2020

Agak terkilan jika kita melihat keputusan dan kemaraan pasukan-pasukan tersebut lebih-lebih lagi Suwon yang mara itu pernah tewas di tangan JDT. Laluan JDT nampak agak cerah jika turut sama bersaing di Qatar kerana sudah ada berbekalkan 3 mata itu. Namun ia hanya mungkin pemberi semangat kepada JDT, boleh berdiri sama tinggi sekiranya tuah bersama JDT.

Namun itu bukan titik penamat berakhirnya impian JDT. Anggap ia sebagai satu permulaan dan peluang pada tahun hadapan, 2021 sudah tentu JDT lebih ghairah mencapai keputusan yang lebih baik dan mara lebih jauh lagi.

JDT sudah pun menempah tiket ke pusingan peringkat kumpulan dalam ACL 2021 bersama 5 pasukan lain dari Asia Tenggara.