Safawi Rasid muncul tempat ketiga dalam ‘AFC Cup Bracket Challenge’, pertandingan yang dianjurkan oleh Asian Football Confederation (AFC). Pertandingan itu dijalankan susulan dari pembatalan saingan Piala AFC 2020 disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Safawi berjaya menewaskan pencabarnya, Nguyen Quang Hai dari kelab Hanoi FC dengan mendapat undian sebanyak 70.11 peratus. Tahniah Safawi serta terima kasih kepada peminat yg mengundi beliau.

Safawi vs Quang Hai (2)

Sebelum ini di peringkat separuh akhir ‘AFC Cup Bracket Challenge’, Safawi tewas tipis di tangan Chan Siu Ki dari kelab South China.

Sejak edisi sulong pada tahun 2004, Piala AFC telah menghasilkan banyak detik-detik gemilang dan tentu sahaja banyak gol yang akan kekal bertahan lama dalam ingatan.

Setelah edisi 2020 dibatalkan kerana COVID-19, the-AFC.com melancarkan ‘AFC Cup Bracket Challenge’ yang menampilkan 32 gol terhebat dari dekad sebelumnya dan meminta kita para peminat untuk memilih gol terbaik mereka.

Safawi Rasid melayakkan diri bertanding dalam pertandingan ini melalui jaringan gol ketika menentang Tampines Rovers pada tahun 2018.

Safawi Rasid kini dipinjamkan ke kelab Liga Priemera Portugal, Portimonense SC selama satu musim. Safawi mempunyai peluang kembali ke JDT sekiranya beliau tidak mendapat sebarang tawaran kontrak bersama Portimonense atau di mana-mana di Eropah.

Foto : The Photoshooterz