Sejak 2013, beberapa kemenangan besar telah dicapai oleh Johor Darul Ta’zim dalam saingan Liga Super Malaysia sama ada di tempat lawan atau di laman sendiri. Berikut disenaraikan lima (5) kemenangan terbesar JDT sehingga Liga Liga Super 2020 disenaraikan seperti berikut.
JDT 7-0 Perak (04 September 2020)
Ia adalah kemenangan terbesar yang terbaharu iaitu dalam siri Liga Super musim ini juga. Dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim minggu ke enam ini, Afiq Fazail membuka jaringan selepas itu diikiuti oleh Gonzalo Cabrera (3), Safawi Rasid and Akhyar Rashid. Kemenangan itu membantu JDT mencatat enam mata mendahului pencabar terdekatnya. Perlawanan tanpa penonton tidak menghalang JDT membelasah Perak. [Pengendali : Benjamin Mora]
Pada musim 2020 itu juga JDT mencatat rekod tanpa kalah sepanjang musim disamping 9 kemenangan dan dua seri.
JDT 7-0 Melaka (09 April 2017)
Kemenangan terbesar mengatasi keputusan tiga tahun sebelumnya. Safiq Rahim mencatat jaringan hatrik dalam perlawanan ini. Penjaring gol yang lain di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos malam itu adalah Gabriel Guerra, Amirulhadi Zainal, Cabrera dan Azamuddin Akil. Perlawanan disaksikan oleh seramai 14,475 orang penonton. [Pengendali : Benjamin Mora]
Pahang 0-6 JDT (21 Mei 2016)
JDT di bawah kendalian Mario Gomez memalukan Pahang di laman mereka, Stadium Darul Makmur, Kuantan tanpa dibolosi. Gol-gol JDT dijaringkan oleh Jorge Pereyra Diaz (3), Martin Lucero (2) dan Marcos Antonio. Martin Lucero membuka jaringan diminit ke 7 perlawanan. JDt mendahului Pahang 3-0 di separuh masa pertama di hadapan seramai 5,733 penonton.
T-Team 1-6 JDT (22 Julai 2017)
Kemenangan besar kedua pada Liga Super musim 2017 JDT. Di bawah kendalian Ulisses Morais, JDT membenam T-Team sebelum dikenali sebagai Terengganu II FC dengan jaringan 6-1 di Stadium Ismail Nasiruddin Shah. Gol-gol JDT dihasilkan oleh Gabriel Guerra (2), Mohamed Ghaddar, S. Kunanlan, Fadhli Shas dan Cabrera.
Jumlah jaringan JDT musim ini mencecah 50 gol berbanding 19 gol bolos.
JDT 5-0 Kedah (16 Julai 2016)
Kedah tersenarai dalam pasukan yang ditundukkan oleh JDT dengan jarring besar iaitu 5-0. Safiq Rahim dan Pereyra Diaz masing-masing menyumbang dua gol diikuti dengan Marcos Antonio. Anak buah Gomez mendahului pasukan Tan Cheng Hoe 2-0 separuh masa pertama di Stadium Larkin.
Jumlah jaringan sebanyak 56 gol adalah yang tertinggi sejak penglibatan JDT bermula 2013.