Syor Pasukan Dalam Liga-M Ikut Jejak Dan Contohi JDT
Diogo Luis Santo, bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), mengharapkan semua pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia (Liga-M) boleh mengikut jejak langkah skuad Harimau Selatan yang ketika ini sudah berada dalam kelas yang tersendiri.
Diogo yang bakal meninggalkan JDT sempat berkongsi penghargaan selepas beraksi selama 2 tahun bersama skuad Harimau Selatan itu dan membantu mereka merangkul gelaran Liga Super, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.
Sepanjang du tahun bersama sebanyak empat trofi yang dapat didakap oleh Diogo, iaitu Liga Super (2019, 2020), Piala Sumbangsih (2019) dan Piala Malaysia (2019).
Diogo, pemain berusia 33 tahun itu berkata, dia sama sekali tidak akan melupakan kenangannya beraksi bersama JDT dan pengalamannya sepanjang berada di Malaysia dalam dua tahun itu.
“Saya mahu berkongsi rasa betapa beruntungnya saya menjadi sebahagian daripada keluarga JDT untuk tempoh dua tahun ini dan penghargaan istimewa kepada boss JDT (Tunku Ismail Sultan Ibrahim).
“Masa yang sangat menggembirakan dan pencapaian yang menakjubkan selain pengalaman untuk belajar dalam karier profesional saya. Terima kasih kepada rakyat Malaysia, terutama penyokong yang menyambut kehadiran saya dan keluarga dengan mesra.
Baca juga : DIOGO PENYUMBANG REKOD JDT DI PERINGKAT TERTINGGI ASIA
“Sudah tiba masanya untuk cabaran baharu tetapi JDT dan Malaysia sentiasa menjadi tempat yang istimewa dalam hati serta kisah hidup saya. Saya mengharapkan semua pasukan di Malaysia akan terinspirasi dengan profesionalisme dan struktur yang ada di JDT.
“Semoga bola sepak di negara yang indah ini dapat terus berkembangan lebih jauh lagi,” katanya.
Diogo Kembali Ke Liga Thailand
Diogo akan kembali ke Thailand selepas dijangka menyertai pendahulu Liga 1 Thai, BG Pathum United.
Berdasarkan kepada laporan media Thailand, bekas pemain Buriram United itu dikatakan menjadi penerima gaji tertinggi di BG Pathum United dengan anggaran sekitar 3 juta baht atau RM403,000 sebulan.
Sumber : Berita Harian // Foto by The Photoshooterz