Selang seminggu, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini menjalinkan kerjasama dengan Subway, sebuah francais dari Amerika pula. Ia telah diumumkan melalui laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers sebentar tadi.

Syarikat sandwich dari Amerika itu akan membuka kedai mereka di stadium baharu mereka, Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri mulai tahun hadapan. Sebelum ini pada minggu lepas, JDT telah mengumumkan Berjaya menjalin kerjasama dengan SWAG, sebuah syarikat pembuat kereta elektrik antarabangsa.

SWAG adalah merupakan sebahagian daripada tambahan senarai jalinan usaha sama bertaraf antarabangsa di JDT seperti yang telah dilakukan sebelum ini dengan Nike dan Hublot.

Baca juga : JDT Jalin Kerjasama Dengan SWAG

Dalam masa yang sama ketika ini, JDT sedang dalam proses rundingan bersama dengan tiga lagi jenama yang akan membuka cawangan mereka di stadium yang serba canggih itu, Stadium Sultan Ibrahim. Stadium Sultan Ibrahim telah direka untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan di mana para pengunjung boleh menjamu selera, membeli-belah dan juga menonton perlawanan bola sepak.

Jalinan kerjasama itu sudah pasti akan terus mengukuhkan kedudukan JDT dari segi ekonomi pengaruh, sebagai kuasa besar di dalam sukan bola sepak tanah air pada masa akan datang.

Sumber : FB JOHOR Southern Tigers

Foto : The Photoshooterz