Sebuah artikel dari laman web Indonesia hari ini mengetengahkan mengenai bagaimana kejayaan serta fasiliti Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadikan kelab ini sebagai salah satu tim fenomenal di Asia Tenggara.
Antara yang mengagumi kejayaan JDT adalah Presiden Borneo FC itu sendiri, Nabil Husein malah secara khususnya ditujukan kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku pemilik kelab.
Beliau turut menyatakan keinginan untuk berkunjung serta membawa pengurusan pasukannya untuk menimba ilmu dari JDT.
“Beliau adalah orang yang saya kagumi. Keghairahannya terhadap bola sepak begitu luar biasa. Sudah pasti perkara positif seperti ini perlu menjadi contoh buat kelab-kelab di Indonesia,” kata Nabil terhadap DYAM TMJ.
Borneo FC begitu optimistis dalam menyambut awal tahun 2021. Pasukan yang bergelar ‘Pesut Etam’ sedang menyiapkan langkah-langkah strategik menyusun kekuatan pasukan mereka.
Borneo FC adalah satu psukan dari Liga Indonesia 1. Pada musim lepas menduduki tangga ke 7 dalam saingan tersebut..
Langkah dan agenda utama yang dipersiapkan pasukan itu adalah berkunjung ke Malaysia. Borneo FC sedang nerancang untuk bertandang ke markas Johor Darul Takzim (JDT).
“Kami sudah siapkan rencana ke Malaysia. Bertukar ilmu langsung dengan klub sukses JDT. Alhamdulillah sudah ada komunikasi intens,” kata Nabil Husein Said Amin, Presiden Borneo FC,.
Namun perancangan tersebut masih belum dapat direalisasikan dalam waktu dekat ini disebabkan negara masih menghadapi pandemi Covid-19 yang sedang merebak sekarang ini.
“Insya Allah setelah pandemi berakhir, kami langsung bertandang ke markas JDT. Pihak JDT juga sudah siap menjamu Borneo FC,” ujar Nabil Husein.
Mereka bukan hanya ingin berguru dengan JDT, Nabil menyebut Borneo FC juga sedang menyusun kekuatan lain. Mereka kini sedang menggilap pemain muda secara maksimum sehingga boleh bersaing dengan pasukan utama.
Ia boleh diibaratkan sebagai JDT II yang mampu satu masa pemainnya boleh diserap ke dalam pasukan utama.
“Kami tetap fokus meningkatkan kualiti pemain muda. Sesuai dengan karakter Borneo FC yang selalu menjadi jambatan mereka ke pasukan nasional,” kata Nabil lagi.
Sumber : www.bolalob.com