Juruterbang sebuah pesawat ringan serta dengan pembantunya, yang mendarat cemas di Kilometer 47.8 Lebuhraya Utara Selatan dekat sini pagi tadi, terselamat daripada sebarang kecederaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Renggam, Penolong Penguasa Asyraf Nur Mohd Yusoff, berkata kedua-dua juruterbang itu adalah merupakan warga Singapura.
Asyraf berkata, ketika kejadian, pesawat jenis Beechcraft Bonanza N5045B itu dipandu oleh Dr Yang Kuang Ying, 52 dan pembantunya, Saleehullah Abdul Majid, 41.
“Berdasarkan kepada maklumat awal, kami dimaklumkan pesawat ringan itu mengalami kerosakan enjin.
“Pesawat yang mendarat cemas di laluan kecemasan lebuh raya dialihkan di kawasan lapang berumput kira-kira 100 meter sebelah lokasi ia mendarat cemas bagi melancarkan al!ran trafik lebuh raya.
“Proses mengalihkan pesawat mengambil masa selama 30 minit menggunakan tenaga bomba, polis serta petugas PLUS,” kata Asyraf.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada unit trafik berhubung kejadian tersebut pada jam 10.13 pagi tadi sebelum bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera dan 10 anggota.
Sumber : Berita Harian