Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengakui sedang memantau Lee Tuck dan beberapa pemain import lain dalam Liga Malaysia (Liga-M) yang berpotensi mendapat status naturalisasi.
Datuk Mohd Yusoff Mahadi, Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM, menerangkan, selain Lee Tuck, beberapa lagi pemain import seperti tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) Gonzalo Cabrera yang bakal memenuhi syarat beraksi lima tahun beraksi di negara ini musim depan.
Walau bagaimanapun, Mohd Yusoff menegaskan bahawa memenuhi syarat yang ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu bukan satu jaminan kepada mana-mana pemain akan mendapat status naturalisasi dan boleh beraksi Bersama skuad kebangsaan.
Sebaliknya, pihak jawatankuasa akan membuat penilaian rapi dan hanya mempertimbangkan jika ada pemain yang benar-benar memenuhi kriteria penting terutama sekali dari aspek prestasi, posisi yang diperlukan dan juga factor usia.
Baca juga : Gonzalo Cabrera Penjaring Terbanyak JDT Sepanjang Zaman
“Bukan Lee Tuck sahaja, ada beberapa pemain lagi yang akan cukup lima tahun musim depan seperti di Perak (Leandro Dos Santos) dan JDT (Gonzalo Cabrera). Ia bergantung kepada pemain itu, kalua dia cukup lima tahun pun, tapi jika factor usia dan prestasi kurang baik tak boleh juga.
“Kita lihat pada keperluan, kalua kata ada pemain yang cukup lima tahun dan berusia 27 tahun, sudah tentu kita lebih utamakan yang umur 27 tahun.
Tapi bergantung juga kepada posisi, jadi banyak faktor yang kita perlu ambil kira posisi mana yanag kita nak perkuatkan dan juga aspek usia. Sudah pasti kita nak pemain yang lebih muda supaya lebih lama kita boleh gunakan khidmat mereka untuk negara.
“Kita sudah minta pihak secretariat untuk memantau pemain yang cukup lima tahun musim hadapan. Pihak secretariat akan membuat cadangan dan kemudian jawatankuasa akan membuat penilaian rapi jika ada pemain yang memenuhi kriteria yang kita tetapkan untuk mendapat status naturalisasi.”
Laporan ini diperolehi melalui akhbar Berita Harian hari ini. Ia adalah hasil dari temubual wakil BH dengan Datuk Mohd Yusoff Mahadi, Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM.
Laporan semalam menyiarkan Lee Tuck berpeluang menjadi pemain naturalisasi negara selepas Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi apabila mengesahkan akan terus beraksi di Liga-M musim depan.
Tuck, Cabrera dan Leandro beraksi dalam Liga-M sejak 2017 dengan aksi yang boleh dikatakan cemerlang namun mungkin factor usia yang perlu dipertimbangkan dan diperhalusi FAM apabila masing-masing akan berusia 33, 32 dan35 tahun musim depan.
Pemain muda dari Columbia yang beraksi Bersama Melaka, Romel Morales dilihat calon yang paling sesuai untuk mendapat status naturalisasi, tetapi pemain berusia 23 tahun itu masih perlu beraksi dua musim lagi di Liga-M untuk mencukupkan syarat lima tahun yang ditetapkan oleh FIFA.
Dalam perkembangan sama, Mohd Yusoff menjelaskan belum ada perkembangan daripada FIFA mengenaii permohonan FAM mendapatkan status naturalisasi Gullherme De Paulaa.
Sumber : Berita Harian / Foto : The Photoshooterz