Sehingga kini, Safawi Rasid ketinggalan sedikit di belakang pencabar beliau, Chan Siu Ki dari kelab South China dalam pertandingan ‘AFC Cup Bracket peringkat separuh akhir.
Beliau memerlukan sokongan anda penyokong Safawi untuk memintas lawannya dengan mengundi di sini.
Masa undian hampir tamat. Hanya tinggal 3 jam sahaja lagi sebelum ditutupnpada hari ini pukul 4 petang.
Sekiranya Safawi menang, beliau akan mara ke peringkat akhir seleps ini.
Sejak edisi sulong pada tahun 2004, Piala AFC telah menghasilkan banyak detik-detik gemilang dan tentu sahaja banyak gol yang akan kekal bertahan lama dalam ingatan.
Setelah edisi 2020 dibatalkan kerana COVID-19, the-AFC.com melancarkan ‘AFC Cup Bracket Challenge’ yang menampilkan 32 gol terhebat dari dekad sebelumnya dan meminta kita para peminat untuk memilih gol terbaik mereka.
Pertandingan ini kini telah sampai ke peringkat separuh akhir di mana dua pemain (Safawi Rasid dan Safee Sali) yang membawa nama Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku wakil tunggal kelab dari Malaysia.
Safawi Rasid melayakkan diri ke peringkat separuh akhir melalui jaringan gol ketika menentang Tampines Rovers pada tahun 2018.
Safawi Rasid berjaya memenangi undian di peringkat pusingan 32 dan 16 challenge ini. Peringkat pusingan 32, Safawi menewaskan Khalil Bani Atiyah dari kelab Al Faisaly dengan mendapat undian sebanyak 87 peratus. Manakala di peringkat pusingan 16 pemain, Safawi menewaskan pemain kelab Al Shorta, Oday Al Jafal dengan undian sebanyak 89.31 peratus.
Pada peringkat suku akhir pula, Safawi berjaya menewaskan Lam Ka Wai dari Kitchee SC.
Seramai 32 pemain terlibat dalam ‘AFC Cup Bracket Challenge’ yang kini hanya tinggal 4 pemain sahaja dan sekiranya mereka menang melalui undian ini, mereka akan mara ke peringkat akhir.
Kali ini Safawi Rasid ditentukan bertemu Chan Siu Ki dari kelab South China. Melalui undian terkini yang baru dibuka hari ini, Safawi Rasid kelihatan ketinggalan dengan hanya mendapat undian sebanyak 48.14 peratus sahaja.
Namun masih ada masa lagi untu peminat Safawi dan JDT mengundi kemenangan Safawi dalam seminggu ini melalui laman sesawang AFC.
Safawi Rasid kini dipinjamkan ke kelab Liga Priemera Portugal, Portimonense SC selama satu musim. Safawi mempunyai peluang kembali ke JDT sekiranya beliau tidak mendapat sebarang tawaran kontrak bersama Portimonense atau di mana-mana di Eropah.
Marilah sama-sama kita naikkan nama Safawi Rasid dan JDT dengan mengundi beliau.