Sejak edisi sulong pada tahun 2004, Piala AFC telah menghasilkan banyak detik-detik gemilang dan tentu sahaja banyak gol yang akan kekal bertahan lama dalam ingatan.
Setelah edisi 2020 dibatalkan kerana COVID-19, the-AFC.com melancarkan ‘AFC Cup Bracket Challenge’ yang menampilkan 32 gol terhebat dari dekad sebelumnya dan meminta kita para peminat untuk memilih gol terbaik mereka.
Pertandingan ini kini telah sampai ke separuh akhir di mana hanya tinggal Safawi Rasid sahaja yang tinggal membawa nama Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku wakil tunggal kelab dari Malaysia. Safawi Rasid melayakkan diri ke separuh akhir melalui jaringan gol ketika menentang Tampines Rovers pada tahun 2018.

Safee Sali telah pun tewas terlebih dahulu di peringkat pusingan 16 tewas dengan Chan Siu Ki, South China AA.
Safawi Rasid pula berjaya memenangi undian dalam tiga pusingan sebelum ini (32, dan suku akhir) challenge ini. Peringkat pusingan 32, Safawi menewaskan Khalil Bani Atiyah dari kelab Al Faisaly dengan mendapat undian sebanyak 87 peratus. Manakala di peringkat pusingan 16 pemain, Safawi menewaskan pemain kelab Al Shorta, Oday Al Jafal dengan undian sebanyak 89.31 peratus.
Diperingkat Suku Akhir pula Safawi berjaya menundukkan Lam Ka Wai dari kelab Kitchee SC dengan mendapat undian sebanyak 54.93 peratus.
Kali ini, di peringkat Separuh Akhir ‘AFC Cup Bracket Challenge’, Safawi berhadapan pula dengan Chan Siu Ki yang sebelum ini telah menewaskan Safee Sali.
Sekali lagi peminat Safawi dan JDT diharapkan dapat memberi sokongan terhadap Safawi dengan mengundi beliau di sini.
Undian akan ditutup pada 4.00 petang 21 November ini. Ketika artikel ini ditulis, Safawi masih ketinggalan undian dengan mendapat hanya 44.11 peratus.

Sumber : AFC / Foto : The Photoshooterz