Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan mereka berada pada kelasnya yang tersendiri selepas berjaya menjalin kerjasama baharu bersama pembuat kenderaan elektrik antarabangsa, SWAG.

Jalinan kerjasama itu diumumkan menerusi status di laman Facebook, Johor Southern Tiger. Pengumuman tersebut telah mendapat perhatian lebih daripada 4,600 pengikut selain hampir 300 komen serta 81 perkongsian selepas sejam dimuat naik.

SWAG adalah merupakan sebahagian daripada tambahan senarai jalinan usaha sama bertaraf antarabangsa di JDT seperti yang telah dilakukan sebelum ini dengan Nike dan Hublot.

“Ada dua lagi penajaan antarabangsa bakal diumumkan dalam masa yang terdekat,” kata kenyataan itu.

Jalinan kerjasama itu sudah pasti akan terus mengukuhkan kedudukan JDT dari segi ekonomi pengaruh, sebagai kuasa besar di dalam sukan bola sepak tanah air pada masa akan datang.

Penajaan baharu ini sudah tentu akan menaikkan imej JDT yang mensasar salah satu kuasa besar bola sepak Asia.

Sumber : FB JOHOR Southern Tigers

Foto : The Photoshooterz