Muhammad Syafiq Ahmad, 25, penyerang muda Johod Darul Ta’zim (JDT), menyambut kelahiran anak kedua hari ini.

Isterinya Syafiq, Nor Amalina Norain, 25, selamat melahirkan bayi lelaki secara normal pada jam 2.05 petang di Hospital Pakar KPJ Puteri di Johor Bahru.

Kelahiran bayi seberat 2.74 kilogram itu melengkapkan seri keluarga penyerang kelahiran Pulau Pinang itu yang sebelum ini dikurniakan anak perempuan, Aaira Nur Safiyya yang kini telah berusia 2 tahun 3 bulan.

“Syukur, Alhamdulillah semuanya selamat. Ikutkan tarikh sepatutnya ialah 10 Disember depan. Memang tak jangka bersalin seawal in!.

“Istimewanya, jika dulu kakaknya (anak pertama) lahir pada Hari Raya Aidiladha, adiknya pula kini lahir ketika sambutan perayaan Deepavali hari ini dan kedua-duanya jatuh hari cuti umum,” kata Syafiq.

Pasangan itu juga turut menerima sebiji kerusi keselamatan bayi daripada pengurusan KPJ Puteri bersempena program Bayi Merdeka yang dilancarkan pada 29 Ogos lalu.

Syafiq menyertai JDT pada tahun 2018. Musim ini hanya mampu menghasilkan dua gol melalui saingan Liga Superbyang hanya berlangsung satu pusingan sahaja susulan dari Covid-19. 

Beliau tidak berpeluang menjaringkan gol lagi kerana JDT hanya beraksi sebanyak 13 perlawanan sahaja.