Tahniah kepada Safawi Rasid, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dipinjamkan ke kelab Portugal, Portimonense SC kerana memenangi pertandingan ‘AFC Cup Bracket Challenge’ anjuran badan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Pertandingan secara undian dalam talian tersebut anjuran AFC baru sahaja selesai ditutup hari ini pukul 4.00 petang tadi.

Safawi Rasid bertarung dengan Lam Ka Wai, pemain dari kelab Kitchee FC. Beliau berjaya memperoleh 54.93 peratus undian berbanding Lam Ka Wai yang mendapat undian sebanyak 45.07 peratus.

Dengan berakhirnya undian tersebut, Safawi Rasid berjaya mara ke peringkat Separuh Akhir bertemu Chan Siu Ki dari kelab South China AA yang mendapat undian sebanyak 68.61 peratus menewaskan Safee Sali bekas pemain JDT. Saingan agak sengit di antara dua penjaring tersebut sehinggakan pada awalnya Safawi ketinggalan agak jauh. 

Di peringkat awal hari pertama Safawi hanya berjaya mengutip 16.4 peratus sahaja. Hari terakhir dilihat kedudukan saling bertukar. 

Terima kasih kepada peminat dan penyokong Safawi serta JDT. Diharapkan beliau akan mendapat sokongan yang padu diperingkat separuh akhir nanti.

Sejak edisi sulong pada tahun 2004, Piala AFC telah menghasilkan banyak detik-detik gemilang dan tentu sahaja banyak gol yang akan kekal bertahan lama dalam ingatan.

Setelah edisi 2020 dibatalkan kerana COVID-19, the-AFC.com melancarkan ‘AFC Cup Bracket Challenge’ yang menampilkan 32 gol terhebat dari dekad sebelumnya dan meminta kita para peminat untuk memilih gol terbaik mereka.

Pertandingan ini kini telah sampai ke peringkat suku akhir di mana dua pemain yang membawa nama Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku wakil tunggal kelab dari Malaysia. Safawi Rasid melayakkan diri ke peringkat suku akhir melalui jaringan gol ketika menentang Tampines Rovers pada tahun 2018.

Safawi Rasid berjaya memenangi undian di peringkat pusingan 32 dan 16 challenge ini. Peringkat pusingan 32, Safawi menewaskan Khalil Bani Atiyah dari kelab Al Faisaly dengan mendapat undian sebanyak 87 peratus. Manakala di peringkat pusingan 16 pemain, Safawi menewaskan pemain kelab Al Shorta, Oday Al Jafal dengan undian sebanyak 89.31 peratus.

Seramai 32 pemain terlibat dalam ‘AFC Cup Bracket Challenge’ yang kini hanya tinggal 8 pemain sahaja dan sekiranya mereka menang melalui undian ini, mereka akan mara ke peringkat separuh akhir.

Safawi Rasid kini dipinjamkan ke kelab Liga Priemera Portugal, Portimonense SC selama satu musim. Safawi mempunyai peluang kembali ke JDT sekiranya beliau tidak mendapat sebarang tawaran kontrak bersama Portimonense atau di mana-mana di Eropah.

Photo : The Photoshooterz