Apakah keputusan kerajaan yang tidak membenarkan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke Doha, Qatar untuk saingan baki kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) akan mengakubatkan skuad Harimau Selatan itu berdepan tindakan daripada badan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) ?

Ini disebabkan berdasarkan perkara 6.2 Peraturan Kejohanan AFC, mana-nana pasukan yang menarik diri selepas bermulanya peringkat kumpulan kejohanan itu boleh didenda hingga AS50,000 (RM206,400) dan penggantungan penyertaan sebanyak dua edisi.

Melalui sumber, peruntukan sedia ada itu sedikit sebanyak memberi bayangan betapa skuad binbingan Benjamin Mora itu mungkin berdepan risiko digantung daripada menyertai ACL untuk musim depan sekiranya denda berkenaan dikenakan kepada pasukan JDT.

Katanya, AFC akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mencari jalan penyelesaian mengenai perkembangan tersebut.

“Kalau mengikut undang-undang memang boleh dikenakan tindakan, namun situasi JDT sekarang ini adalah disebabkan pintu sempadan ditutup bukannya psukan itu menarik diri. Keputusan berkaitan perkara terbabit akan diketahui dalam masa terdekat ini selepas perbincangan itu.” katanya.

Datuk Windsor Paul John, Setiausaha Agong AFC, yang dihubungi tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara terbabit, namun dijngka akan mengeluarkan maklumat membabitkan isu itu hari ini. 

Berdasarkan undang-undang khas untuk pertandingan AFC ketika pandemik Covid-19, kegagalan pasukan untuk ke venue perlawanan susulan lrangan untuk ke luar negara akibat Covid-19 bermaksud pasukan itu dianggap menarik diri.

Situasi yang sama pernah berlaku kepada Al-Wahda apabila pasukan itu turut dianggap menarik diri selepas gagal tiba ke Doha untukmengharungi baki perlawanan Kumpulan A mereka September lalu.

Bagaimanapun, jika disandarkan kepada kes Al-Wahda yang dilihat berdepan dengan situasi yang sama dengan JDT di mana mereka tidak boleh menuju ke venue perlawanan, JDT mungkin terlepas daripada sebarang hukuman.

Ini kerana, Jawatankusa Sub Covid-19 AFC telah memutuskan kegagalan tiba di venue perlawanan susulan larangan untuk ke luar negara dianggap sebaga force majuere selaras dengan perenggan 6.4 dan 71 Peraturan Pertandingan AFC.

Peraturan 6.4 menyaksikan sebarang hukuman yang sepatutnya dikenakan ke atas pasukan yang menarik diri selepas pertandingan bermula tidak boleh dikenakan sekiranya berlakunya force majuere yang disahkan oleh Jawatankusa Pertandingan AFC.

Keadaan ini menyaksikan semua perlawanan yang disertai Al-Wahda dalam ACL telah dianggap ‘kosong’. Namun, jaringan dan mata daripada perlawanan pasukan itu tidak akan dikira dalam penentuan ranking akhir bagi kumpulan itu.

JDT sebelum ini telah dilarang ke luar negara oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan dari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). JDT sepatutnya akan ke Doha, Qatar mengharungi baki 4 perlawanan peringkat Kumpulan G. JDT telah nengumpul 3 hasil daripada 1 kemenangan dan 1 kekalahan.

Sementara itu JDT menjadi kelab pertama Dari Asia Tenggara telah mengisi slot peringkat kumpulan ACL 2021. Diikuti dengan dua buah kelab iaitu United City (Filipina) dan Viettel FC (Vietnam).

JDT menperoleh slot automatik lagi pada tahun hadapan berpandukan format AFC yang mengambilkira AFC Club Competition Ranking 2019 serta juara Liga Super 2020.

Baca juga : JDT Pasrah Tidak Dapat Terbang Ke Doha

Sumber : Berita Harian