Sejak edisi sulong pada tahun 2004, Piala AFC telah menghasilkan banyak detik-detik gemilang dan tentu sahaja banyak gol yang akan kekal bertahan lama dalam ingatan.

Setelah edisi 2020 dibatalkan kerana COVID-19, the-AFC.com melancarkan ‘AFC Cup Bracket Challenge’ yang menampilkan 32 gol terhebat dari dekad sebelumnya dan meminta kita para peminat untuk memilih gol terbaik mereka.

Pertandingan ini kini telah sampai ke peringkat suku akhir di mana dua pemain yang membawa nama Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku wakil tunggal kelab dari Malaysia. Safee Sali dengan jaringan gol ketika menentang East Bengal pada tahun 2015, manakala Safawi Rasid melalui jaringan gol ketika menentang Tampines Rovers pada tahun 2018.

Seramai 32 pemain terlibat dalam ‘AFC Cup Bracket Challenge’ yang kini hanya tinggal 8 pemain sahaja termasuk kedua-dua pemain yang membawa nama JDT tersebut. Sekiranya mereka menang melalui undian, mereka akan mara ke peringkat separuh akhir.

Kali ini Safee Sali ditentukan bertemu Chan Siu Ki dari South China. Melalui undian terkini, Safee Sali agak sukar mengatasi pencabarnya kerana undian beliau baru hanya mencecah 11.85 % sahaja. Namun peminat masih boleh memperbaiki undian tersebut dengan mengundi di sini.

Seorang lagi adalah Safawi Rasid dari JDT yang sekarang ini dipinjamkan ke sebuah kelab dari Liga Portugal, Portimonense. Beliau akan dijadualkan bertemu dengan Lam Ka Wai dari kelab Kitchee SC melalui jaringan gol pada 2014 ketika menentang Arema dari Indonesia. Challenge antara Safawi dan Lam Ka Wai masih belum di buka untuk undian lagi.

Chan vs Safee

Jika dilihat peluang Safee Sali agak tipis untuk mara, diharapkan peluang Safawi Rasid lebih cerah lagi nanti.

Bantulah Safee Sali dan Safawi Rasid selaku wakil JDT dan Malaysia dengan mengundi jaringan mereka.

Sumber : AFC.com