Kerajaan tetap dengan pendirian untuk menangguhkan kejohanan Piala Malaysia demi mengelak penularan pandemik Covid-19 di kalangan pemain dan pegawai sukan. 

Sekali lagi peminat bola sepak tanah air terus kempunan untuk menyaksikan baki aksi Piala Malaysia.

Keputusan tersebut diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) petang tadi.

Meaturat Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan untuk menolak rayuan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu.

“Selepas berbincang bahawa bahaya jangkitan ini bukan saja berlaku di tengah padang, malah persentuhan juga tidak dapat dielakkan.

“Melihat situasi terbabit, Prosedur Operasi Standard (SOP) mudah kerana tiada penonton, tak mungkin pemain bola memakai pelitup muka ketika di atas padang.

Sementara itu, kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) juga turut tidak dibenarkan keluar negara meneruskan kejuaraan Liga Juara-Juara AFC (ACL). JDT dijadualkan ke Doha, Qatar bagi menghabiskan saingan ACL berpusat di sana.

“Situasi terbabit bukan sahaja membabitkan jumlah pemain namun krew, petugas teknikal agak ramai iaitu balik dalam satu bas sama, mengadakan latihan dan dalam bilik persalinan agak sukar mengawalnya.

Namun pihak pengurusan JDT melalui Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menerima keputusan itu dengan hati terbuka melalui laman sosial mereka sebentar tadi.

Baca juga : Hasrat JDT Ke Doha Berkecai