Kelibat pemain muda berdarah kacukan Malaysia dan England, Stuart Wilkin telah berada dan sedang berlatih Johor Darul Ta’zim (JDT). Ia dapat dikesan melalui laman facebook rasmi JOHOR Southern Tigers yang memaparkan pemain tersebut sedang menjalani latihan bersama skuad JDT.
Desas desus mengatakan pemain yang berusia 22 tahun itu telah tiba di Malaysia sejak bulan Oktober lepas dan kehadirannya di pusat latihan JDT menjadi pertanyaan dalam kalangan penyokong sama ada beliau akan menjadi pemain baharu kelab JDT dan beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim depan ataupun sedang dalam proses ujian.

Dua tahun lalu, produk akademi Southampton FC itu pernah menyuarakan dan berminat untuk menyarung jersi pasukan bawah 23 (B-23)tahun Malaysia ketika dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.
Stuart Wilkin nampu beraksi di posisi sayap kiri dan tengah. Beliau juga telah Berjaya menjaringkan 4 gol serta 12 ‘assist’ dalam saingan Liga Remaja musim 2015/2016. Telah membuat 20 penampilan dalam liga tersebut serta satu penampilan dalam Piala FA Belia.
Selepas bersama akademi Southampton FC. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran dan menyertai pasukan Missouri State Bears dalam saingan Liga Universiti Amerika Syarikat pula.
Sekiranya Stuart Wilkin berjaya diikat oleh JDT, ia bakal memberi pelbagai pilihan kepada pengendali JDT, Benjamin Mora untuk membentuk barisan yang lebih ampuh dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.