Kemaraan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Liga Juara-Juara AFC (ACL) tidak boleh dipandang sebelah mata. Juara AFC Cup tahun 2015 ini berhasil menundukkan salah satu pasukan kuat Korea Selatan.
Johor Darul Takzim merupakan salah satu kelab terbaik di Asia Tenggara. Kelab yang menerima jolokan Harimau Selatan itu merupakan kelab pertama Asia Tenggara yang berjaya merebut gelaran juara Piala AFC pada tahun 2015.
Musim ini JDT yang meraih juara Liga Super 7 tahun berturut-turut, bertarung di Liga Juara-Juara AFC, kejuaraan tertinggi di benua Asia.
Kemaraan Johor Darul Ta’zim di ACL
Johor Darul Takzim bersama klub Thailand Chiangrai United menjadi dua wakil dari Asia Tenggara yang berhasil lolos ke ACL musim ini. Kedua-dua pasukan sedang berjuang dalam peringkat kumpulan sekarang ini.
https://johorsanasini.com/2020/05/18/rekod-jdt-kelab-pertama-malaysia-dalam-liga-juara-juara-afc-acl/Baca juga : REKOD JDT KELAB PERTAMA MALAYSIA DALAM LIGA JUARA-JUARA AFC (ACL)
Meski begitu, ACL bukanlah medan yang mudah untuk wakil Asia Tenggara, di mana level bola sepaknya masih tertinggal dengan negara di Zon Timur seperti Jepun, China dan Korea Selatan.
Chiangrai misalnya, wakil Thailand itu tidak berupaya di dalam Kumpulan E. Chiangrai gagal meraih kemenangan dalam dua perlawanan.
Sementara itu, JDT dilihat lebih baik dibandingkan dengan Chiangrai. Harimau Selatan berhasil meraih 1 kemenangan dari 2 perlawanan yang ditempuhi.
Dalam saingan Kumpulan G, JDT tewas 1-5 dalam perlawanan sulong mereka ketika bertemu Vissel Kobe pada 12 Februari lepas di tempat lawan. Gol tunggal JDT dijaringkan oleh Safawi Rasid melalui sepakan penalti.
Bintang Kobe, Keijiro Ogawa ketika itu mencetak hattrik ke gawang gol JDT yang dikawal oleh Farizal Marlias, pemegang 46 cap Harimau Malaya.
Baca juga : Pemain JDT Bukannya Robot, Fokus Domestik
Meski pun begitu persembahan JDT lebih meyakinkan dan lebih tersusun apabila berjaya menundukkan Suwon Bluewings dari Korea Selatan dengan jaringan tipis 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 3 Mac 2020.
Kemenangan ke atas Suwon membuat JDT berada di kedududan nombor 2 Kumpulan G dengan mengutip 3 mata.
Namun JDT dilihat agak tergugat dengan Guangzhou Evergrande, pasukn kuat dari China yang sedang bersedia menjuarai Liga Super China buat masa ini.
Anak buah Fabio Cannavaro hingga ke saat ini masih belum beraksi dalam sebarang perlawanan ACL musim ini susulan dari pandemik Covid 19.
Fokus Kompetisi Domestik
Namun penglibatan JDT dalam saingan ACL bukanlah satu keutamaan
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui lebih memilih kompetisi domestik sebagai fokus prestasi musim ini. Ia adalah kerana pertembungan jadual antara Piala Malaysia dengan ACL.
“Kami menghargai ACL, kerana merupakan kejuaraan yang penting, tapi dengan berat kami memilih dan fokus pada kompetisi domestik. Kerana Piala Malaysia juga penting buat kami.
Namun, disebabkan oleh PKPB yang baru sahaja bermula semalam, 9 November, kejuaraan Piala Malaysia telah diarahkan supaya ditangguhkan ke satu tarikh lain.
Terhentinya Piala Malaysia buat seketika, memberi peluang JDT memberi tumpuan sepenuhnya kepada ACL.
JDT akan menghabiskan baki 4 perlawanan di Qatar yang bermula dari 19 November ini di 2 venue iaitu di Stadium Antrabangsa Khalifa dan Stadium Al Janoub.
Foto : The Photoshooterz