Saingan Piala Malaysia 2020 baru sahaja selesai peringkat pusingan 16. 8 pasukan telah mengesahkan diri ke peringkat suku akhir yang dijangkakan bermula pada Khamis ini.
Namun selepas bermesyuarat, satu keputusan tegas telah dipersetujui iaitu penangguhan saingan Piala Malaysia.
“Minta maaflah kepada peminat bola sepak apabila mesyuarat memutuskan menangguhkan pertandingan Piala Malaysia.”
Begitulah keputusan kerajaan berhubung status saingan Piala Malaysia apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memutuskan pertandingan bola sepak tertua di Asia itu ditangguhkan seketika ekoran pandemik Covid-19.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), keputusan itu diambil selepas mendapat nasihat KKM.
Katanya, permainan bola sepak yang membabitkan sentuhan ketika bermain adalah merbahaya kerana ia boleh merebak sekal! gus mengancam nyawa pemain.
“Selepas dibentang oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), KKM merasakan bahawa permainan bola sepak walaupun tiada penonton tetapi ia kerana akan berlaku sentuhan dikalangan pemain-pemain.
“Dan pemain agak lebih berbahaya kerana mereka berpeluh dan basah sesama sendiri, bersentuhan itu boleh dianggap lebih merbahaya kepada keadaan yang biasa.
“Jika badminton mungkin tidak berlaku sentuhan walaupun ada pertandingan tetapi kalau perseorangan misalnya, ia persendirian, tapi bola memang tak boleh dielakkan berlaku sentuhan.
“Dengan itu KKM memandang ia agak merbahaya lagipun setiap negeri sudah ada PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis sahaja, sedangkan negeri lain sudah PKPB, jadi kita tak benarkan dijalankan pertandingan.
“Mesyuarat telah membuat keputusan bahawa pertandingan Piala Malaysia kita bersetuju untuk ditangguhkan kepada satu tarikh yang lain yang akan kita umumkan nanti,” katanya.
Selepas berakhirnya pusingan pertama (pusingan 16) hujung minggu lalu, lapan pasukan sudah mengesahkan tiket ke suku akhir iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu FC, UiTM FC dan Perak.
Mengikut jadual pertandingan, aksi suku akhir sepatutnya berlangsung pada Khamis dan Jumaat ini.
Sumber : Harian Metro