Benjamin Mora, pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) belum mahu panik selepas barisan pemainnya terpaksa bergelut menewaskan Kuching FA 1-0 pada aksi pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos kelmarin.
Bagi Mora, barisan skuad Harimau Selatan itu sudah memberikan aksi terbaik apabila kerap menggempur bentwng anak didik Akita Higashiyama, meskipun tidak berjaya menerjah jaring gawang.
“Saya tidak dapat mengira peluang kami untuk jaringkan gol kerana dalam permainan bola sepak matlamatnya adalah menjaringkan gol. Jika tidak jaringkan gol sudah tentu tidak akan menang,” kata Mora selepas perlawanan.
“Kami sudah banyak menjaringkan gol sebelum ini tetapi malam ini (kelmarin) tidak mahu menjadi. Itulah bola sepak, ada ketika kegagalan menjaringkan gol akan menghantui kami. Apa yang penting pemain saya sudah beri yang terbaik.
“Kami menguasai perlawanan dan beri tekanan kepada pasukan Kuching FA, tapi kami tidak bernasib baik selepas gagal menterjemah setiap cubaan dengan jaringan,” kata Mora.
Baca juga : ARIF AIMAN BUAT JDT CERIA MARA KE SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA
JDT bakal berdepan Kuala Lumpur pada aksi suku akhir Piala Malaysia Khamis ini.
Pemain berusia 18 tahun, Arif Aiman Mohd Hanafi muncul wira JDT apabila menjaringkan gol tunggal dan kemenangan pada minit ke-18 akai berkenaan.
Sumber : Berita Harian / Foto : The Photoshooterz